SETELAH enam tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, kini pelakon cantik, Oktovia Manrose kembali bergelar isteri.

Hanya sekali lafaz, Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman sah menjadi isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi laporan postal tempatan, Oktovia dan Khairul Efsan disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam, semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Oktovia Manrose selamat kembali bergelar isteri, bekas pemain bola sepak pilihan hati

Pada majlis bertemakan dalam taman yang meriah itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Iklan

Oktovia menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Buat pengetahuan semua, Efsan merupakan bekas pemain bola untuk kumpulan Melaka United.

Baca juga Uyaina selamat bergelar isteri Raja Syahiran

Iklan

Terdahulu, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Mohd Izat Abdul Rahman pada 2011 namun, mereka bercerai empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain, 9 tahun.