PELAKON, Azhan Rani, 46 dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semalam dan kini sedang mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu negara.

Perkara tersebut dikongsi rakan selebriti, Beto Kusyairy yang mengatakan kejadian berlaku apabila motosikal kuasa besar yang ditunggang Azhan untuk ke sebuah lokasi penggambaran tengah hari semalam (Isnin) bertembung dengan sebuah lagi motosikal lain.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Beto menerusi satu hantaran muat naik dalam Instagram miliknya berkongsi perkhabaran tentang kemalangan melibatkan Azhan.

“Amanah daripada sahabatku Azhan Rani. Dukacita ingin menyampaikan kepada semua bahawa Azhan telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengahari semalam (Isnin).

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar (doktor),” tulis Beto.

Menerusi hantaran sama, Beto turut berkongsi sekeping foto menunjukkan Azhan memakai baju pesakit hospital dalam keadaan tangannya mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, Beto turut menceritakan detik cemas yang dialami kawan baiknya itu.

“Dia mengerang dengan kuat, sampai kita yang dengar rasa dia punya sakit.

“Dia melambung dan kemudian terjatuh. Nasib baik tak kena bahagian kepala,” kata Beto yang menemani Azhan membuat rawatan sehingga dimasukkan ke wad semalam.

azhan rani

Dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Templer, Rawang tersebut, Azhan mengalami pecah tulang belikat kiri, retak tulang bahu dan tiga tulang rusuk selain kecederaan kecil.

Ujar Beto, buat masa ini doktor masih menunggu keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) bagi mengenal pasti jika ada kecederaan dalaman yang lain.

Iklan

Baca juga Peminat di Indonesia dakwa Upin & Ipin kisah benar, siap ada pusara bukti kematian, ini respon ‘Atok’

Katanya, selepas dimasukkan ke wad, keadaan Azhan sebenarnya stabil dan dia boleh bercakap.

Iklan

Ujarnya lanjut, disebabkan kecederaan yang dialami, Azhan harus menunggu sedikit masa untuk kembali pulih seperti biasa.

“Sekarang nak tengok keadaan dulu, sama ada perlukan pembedahan untuk tulang belikat atau biarkan bahagian yang pecah itu pulih secara alami, tetapi mungkin ambil masa lama, kita doakan yang terbaik,” ujar Beto kepada portal tempatan.

Menjengah ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani doa kesembuhan oleh warga maya dan rakan artis.