Pembantu terpaksa balik, Mira Filzah susah percaya orang, jaga anak sendiri 24 jam
SUSAH untuk mempercayai orang luar, pelakon Mira Filzah meluangkan masa menjaga permata hatinya, Wan Khair Amir, tujuh bulan selepas pembantu terpaksa pulang kerana hal kecemasan.
Lantaran memberikan perhatian '24 jam' kepada buah hatinya, pelakon utama drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mengakui jarang berpeluang mengemas kini laman sosial.
Baca juga: Menangis rindu anak, Mira Filzah ke Indonesia 5 hari, pam dan simpan susu dalam ‘cooler box’
”Kurang 'update' akhir-akhir ini kerana pembantu terpaksa balik dua minggu lepas. Balik untuk dua bulan lebih, mama dengan Amir sahaja 24 jam. Tiada acara dan penggambaran.
“Saya tidak tahu bagaimana emak-emak lain melakukannya, masya-ALLAH hebatnya ibu yang menjaga anak-anak sendiri tanpa pembantu,” titip Mira.
Baca juga: Warga maya semakin berubah- Mira Filzah
Sama seperti ibu-ibu lain, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman menjelaskan beliau mengalami kesukaran untuk mempercayai orang luar untuk menjaga Amir.
Justeru, suri hati Wan Emir Astar itu merancang untuk membawa si kecil itu bersama semasa bekerja Januari depan.
“Bukan tidak mahu panggil pengasuh datang setiap hari tetapi saya susah untuk membina kepercayaan dengan orang. Kita sudah percaya dengan pembantu yang baru bekerja lima bulan tetapi sudah kena balik. Dia bagus sangat Alhamdulillah tetapi ALLAH mengetahui yang terbaik. Insya-ALLAH ada hikmahnya.
“Mama hendak mula kerja semula, nanti hendak bawa Amir ikut mama ‘work trip’ Januari nanti. Hendak tinggal macam tidak boleh, nanti mama menangis. Apabila sudah jaga Amir sendiri ini lagi berat hati hendak tinggalkan dia, lagi ‘attached’.
“Susah hati jika bekerja selagi tidak jumpa ganti pembantu yang baik boleh jaga Amir dan sayang Amir macam anak sendiri,” katanya.
Baca juga: Populariti bukan lagi keutamaan saya-Mira Filzah
Mira turut menitipkan harapan agar diberikan pembantu yang bertanggungjawab, menyayanginya anaknya, jujur dan ikhlas bekerja.
Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby. Mereka dikurniakan bayi lelaki bernama Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
Baca juga: Wan Khair Amir jadi pilihan, Mira Filzah dan suami kongsi nama, wajah bayi sulung
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang