Penerbit Mat Kilau rupanya jutawan, pemilik Hospital Az-Zahrah, PU Amin dedah kisahnya

A
A
A

PENERBIT filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini wajar dijadikan inspirasi. Identiti dan kisah jutawan yang rupa-rupanya pemilik Hospital Az Zahrah turut didedahkan pendakwah, PU Amin.

Kaya di dunia dan akhirat, demikianlah objektif kehidupan setiap muslim dalam meraih rezeki. Pendedahan Pencetus Ummah (PU) Amin tentang lelaki di sebalik filem ini wajar dijadikan inspirasi.

Baca juga: Fazura puji Fattah Amin sebagai Awang dalam Mat Kilau, 3-4 pagi masih dalam sungai

Filem epik arahan Syamsul Yusof sedang ditayangkan di pawagam hangat diperkatakan. Malah jumlah kutipan pada hari kedua dikatakan mencecah RM2.8 juta.

SYAMSUL YUSOF Syamsul bersama bintang utama Mat Kilau, Fattah Amin dan Datuk Adi Putra.

Baca juga: 5 jutawan Muslim ini tidak pernah mendongak ke langit. Ini yang dilakukan oleh mereka...

Rata-rata memberikan pujian filem yang diilhamkan dari tokoh epik sejarah, Mat Kilau yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan itu.

PU Amin dalam hantaran di Facebook mendedahkan insan di sebalik filem tersebut yang disifatkan sebagai jutawan ummah.

“Korang kena kenal orang ni. Ini dia, Haji Abdul Rahman Mt Dali. Jutawan ummah, pemilik Hospital Az Zahrah, Bangi.

“Orang kaya yang habiskan RM8 juta untuk buat filem dakwah patriotik. Duit ALLAH bagi dia tidak habis. Dia guna pula untuk menyuntik rasa cinta dan sayang kepada agama, bangsa dan tanah air,” titip PU Amin.

Pendakwah yang merupakan bekas peserta program realiti Pencetus Ummah 2015 itu menerangkan bukan ketaasuban terhadap bangsa menjadi objektif utama tetapi tanpa semangat itu ramai ditindas.

“Kita bukan taasub pada Melayu, tapi tanpa maruah bangsa kita akan dipijak dan hina. Ini mesej besar. Harap muncul ramai lagi orang kaya bijak berani dan hebat seperti Haji Abd Rahman Mt Dali,” titipnya.

Dalam pada itu, PU Amin menitipkan pesan agar golongan hartawan agar berhenti menghasilkan content yang tidak bermanfaat.

“Kepada jutawan dan orang-orang yang rasa dirinya kaya, berhentilah buat content dan aksi yang mencemarkan maruah kerana itu akan lebih 'memiskinkan' diri.

“Gunalah duit untuk masa depan anak bangsa, bukan kaya dan merosak keturunan kita. Contohilah jutawan penerbit Mat Kilau ini. Ini baru betul kaya dunia akhirat,” titipnya.

Filem pecah panggung itu ditayangkan pada 23 Jun 2022 sudah mengutip RM12.2 juta.

Ia dibintangi nama-nama besar seperti Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau dan Beto Kusyairy sebagai Wahid manakala aktor Fattah Amin memegang watak Awang.

Selain itu ia turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Ellie Suriaty, Johan Asa’ri, Mubarak Majid dan Wan Hanafi Su.

Baca juga: '1 hari 1 juta, 2 hari 2 juta' - Filem Mat Kilau terima sambutan luar biasa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca