'Pengorbanan terbesar untuk keluarga & anak.' Perkongsian Eja undang sebak, dah masuk 50-an tetap cantik & anggun!

A
A
A

LAMA tidak melihat kelibat primadona cantik bernama Eja yang cukup popular suatu ketika dahulu.

Pemilik nama sebenar, Siti Shahrizah Saifuddin mula meraih perhatian ramai usai tampil menerusi drama Rahsia Demi Rahsia yang ditayangkan pada 1999.

Lakonan beliau bersama Mahmud Ali Bashah itu melonjak namanya sekelip mata.

Malah, kemunculan beliau sebagai gadis pembuka kotak huruf dalam program kuiz Roda Impian bersama pengacara Halim Othman menambahkan lagi populariti dirinya.

Eja

Selepas itu, beliau mula meniti kejayaan dan meraih pelbagai tawaran berlakon.

Baca ni Maintain cantik & awet muda, Datin Anne Ngasri dedah 9 bulan tak sentuh nasi

Pun begitu, selepas mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata sulung, Eja mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjaya seninya bagi menumpukan perhatian kepada keluarga pada tahun 2010.

Lama-kelamaan, jejak beliau dalam bidang seni mula menghilang.

Terbaharu, anak kelahiran Kuala Kubu Baru, Selangor itu tampil dalam satu rancangan Borak Selebriti bersama Sinar Fm.

Menerusi sesi temu bual bersama penyampai radio berkenaan, beliau berkongsi perihal pengorbanannya sebagai seorang ibu yang sanggup meninggalkan kerjaya demi anak dan keluarga.

Eja

Baca lagi 'Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.' Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!

TINGGALKAN KERJAYA DEMI ANAK & KELUARGA

Sementelah, ketika itu namanya masih di puncak populariti. Akui empunya diri, itulah pengorbanan terbesar beliau sebagai seorang ibu.

"Saya tinggalkan kerjaya kerana seorang anak dan keluarga. Umum mengetahui, saya tinggalkan ketika nama diperlukan dan di atas dan masih mendapat tawaran. Berehat yang begitu panjang dan harap berpanjangan sehingga ke akhirnya, insya-ALLAH.

"Inilah pengorbanan terbesar untuk keluarga dan satu-satunya anak perempuan yang diberikan oleh ALLAH kepada saya. Anugerah dan amanah," dedahnya yang mengakui sehingga kini masih ada tawaran untuk beliau.

Kongsi beliau, langkah meninggalkan kerjaya bermula demi membesarkan anak perempuan tunggalnya, Nur Eishal yang kini sudah berumur 15 tahun.

Eja

"Selepas Eishal memasuki darjah satu, saya mengambil keputusan untuk menjaga anak sepenuh masa. Sebelum itu 50-50, masih ada kerjaya dan rumah tangga.

"Keluarga sudah menjadi nombor satu dan kerjaya nombor dua. Keutamaan lebih kepada keluarga sehinggalah sekarang. Kini sudah memasuki lapan tahun saya meninggalkan dunia seni demi keluarga,” katanya.

Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Temu bual tersebut meraih perhatian warga maya. Rata-rata melahirkan rasa kagum atas pengorbanan yang dilakukan aktres terkenal tersebut. Bahkan, ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

'Pengorbanannya sama seperti ibu saya dahulu. Seorang jururawat yang sudah berpangkat ketua midwife pada waktu itu, juga berhenti kerja terus setelah saya darjah satu.'

Eja

'Sama macam saya. Biarlah orang nak cakap apa.'

'Baik sangat orangnya kak Eja ni. Masa aktif berlakon dahulu cantik sangat. Sekejap sahaja masa berlalu. Sudah 50an tetap cantik dan anggunn.'

'Lemah lembut kak Eja ni. Suka tengok beliau berlakon, tetapi lagi seronok tengok kak Eja dah tutup aurat sempurna. Sweet sungguh walaupun dah 50an.'

'Anda buat benda yang betul. Jangan menyesal macam saya. Terlalu sibuk hingga anak terabai dan meninggal. Tiada lagi peluang kedua.'

Baca ni 'Pandai nyanyi & masak, untung suami.' Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

Sumber: Instagram sinar_my  & Eja 78

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca