Penyanyi Roy positif Covid-19, tak pasti punca jangkitan
SELEPAS dua hari dimasukkan ke Hospital Banting akibat sesak nafas, penyanyi yang terkenal dengan lagu patriotik, Roy, mengakui dirinya positif virus Covid-19.
Menurut Roy, 57, selepas ujian calitan dan saringan, beliau diklasifikasikan sebagai pesakit Covid-19 tahap empat dan sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Ditanya mengenai punca jangkitan, pemilik nama sebenar Mohammad Rauzan Alwi itu memberitahu dia tidak pasti dijangkiti daripada siapa dan menerima ia sebagai takdir.
“Kebanyakan yang dijangkiti tidak pasti mendapat jangkitan itu daripada siapa dan di mana. Begitu jugalah dengan saya.
“Apa yang saya boleh buat adalah reda dan tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Tambah penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Ratnaku itu, selepas disahkan positif, ahli keluarganya menjalani kuarantin di rumah, manakala restoran mereka di Banting, ditutup buat sementara waktu.
Terdahulu, Roy yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim keenam pada 2019, dimasukkan ke Hospital Banting tengah malam Sabtu lalu, akibat sesak nafas.
Beliau pada mulanya ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan tetapi dicadangkan supaya segera mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital oleh doktor bertugas.
Berita Berkaitan Sesak Nafas, Roy Ratnaku Dimasukkan Ke Hospital
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang