PERITNYA kehilangan orang tersayang, pelakon Niezam Zaidi menitipkan nasihat buat warganet.

Aktor filem Remp-It 2 itu baru-baru ini kehilangan ibu tersayang, Rohayah binti Said, 56 yang menghembuskan nafas terakhir Isnin lalu.

Masih dalam fasa duka tersebut dimaklumkan, Niezam atau nama lengkapnya Mohd Niezam Mohd Zaidi di Instagram menitipkan luahan pilu.

Dalam pada itu, Niezam turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan.

Baca juga: ‘Apa yang jadi sebelum ini adalah pengalaman sangat berharga’-Niezam Zaidi bina semangat baharu

Baca juga: ‘Saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini…’ – Niezam Zaidi mohon maaf

Baca juga: 10 perkara penting perlu dibuat segera bila ada ahli keluarga meninggal dunia

Baca juga: Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah DM dan mendoakan arwah ibu saya. Terima kasih banyak, semoga ALLAH yang membalasnya.

“Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak membalas DM kalian, insya-ALLAH saya akan cuba membalasnya satu persatu.

“Semoga semua dirahmati dan diberkati, insya-ALLAH. Alhamdulillah semuanya baik,” kongsinya menerusi video yang dimuat naik.

Beliau dalam masa yang sama berkongsi pesanan yang meruntun hati warga maya.

“Kepada yang masih punya, semoga berbakti kepada mereka,” ujar Niezam yang turut memuat naik foto ibunya.

Baca juga: Bukan tanggungjawab anak beri kemewahan kepada ibu bapa. Tidak kira apa jua pengorbanan mereka

Baca juga: Harta peninggalan milik penuh anak lelaki, jangan abaikan hak anak yatim begitu berat hukumannya

Iklan

Simpati dengan situasi dilalui aktor berusia 31 tahun itu, rakan selebriti dan warga maya mendoakan agar pelakon itu tabah dan roh Allahyarham ibunya dicucuri rahmat.

– “Alhamdullillah Nizam sabar ya. Percaya mak dalam keadaan yang baik-baik sahaja. ALLAH lebih menyayanginya, selalu doakan emak ok.”

– “Al-Fatihah. Semoga arwah mak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Stay strong brother.”

– “Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Semoga ALLAH ampunkan segala dosa arwah.”

– “Moga Niezam sekeluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam hadapi ujian. Semoga almarhumah bonda Niezam ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.”

Iklan

– “Niezam kuat. Al-Fatihah buat mak kamu .”

Sumber: Instagram @niezamzaidi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!