“ALHAMDULILLAH, ALLAH masih beri saya nafas dan suara lagi.”

Begitulah perkongsian penyayi Fazli Zainal yang menzahirkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan memiliki suara lagi.

Menerusi muat naik dua buah video di Instagram miliknya, perkembangan kesihatannya yang kini masih lagi dalam proses pemulihan terutama di bahagian peti suara.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Syukur, ini proses biasa yang akan dilakukan untuk melihat keadaan peti suara atau vocal chords kita sekiranya berlaku jangkitan dan sebagainya.

“Lepas dua minggu kita lihat apa perkembangan peti suara saya. Saya sempat berjumpa Azmi iaitu pakar telinga, hidung dan tekak berkaitan peti suara saya yang masih dalam proses penyembuhan.

“Kita tunggu lagi dua minggu ya. Doakan saya segera sembuh,” coretnya di Instagram.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan penyanyi lagu Harapan itu dan turut memberikan kata-kata semangat buatnya.

Iklan

Ujar mereka;

“Allahu… Semoga diberikan kesembuhan seperti sedia kala dan dipermudahkan proses penyembuhan.”

“Masyaallah… Harap awak cepat-cepat sembuh! Insya-ALLAH awak kuat! Come back stronger ok!”

Baca juga [VIDEO]’Baby bump’ Neelofa jadi perhatian di mahkamah, ramai ucap tahniah dan doa

“Semoga cepat sembuh… Moga cepat baik dapat nyanyi lagu baru.”

“Moga di sebalik ujian ini terbentang 1001 rahmat dan nikmat yang berlipat ganda. Moga segera pulih sedia kala.”

“Alhamdulillah abang dah kembali pulih. Teruskan semangat yer bang!”

Terdahulu, Fazli, 44, telah dimasukkan ke Hospital Ampang selama 29 hari akibat jangkitan virus Covid-19.

Iklan

Beliau dikejarkan ke hospital selepas kadar oksigen dalam badannya menurun setelah seminggu dijangkiti wabak itu, malah dirinya terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan ketika itu.