JANE ‘Nightbirde’ Marczewski, penyanyi America’s Got Talent telah meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser.

Penyanyi berusia 31 tahun itu pergi buat selama-lamanya pada 19 Februari selepas empat tahun melawan penyakit kronik itu.

“Kami sangat sedih dengan pemergiannya. Ia adalah kehilangan yang tidak dapat dibayangkan,” kata keluarga Marczewski.

Baca juga: [VIDEO]Tinggal 2 Peratus Harapan Untuk Hidup. Peserta Kanser Tulang Belakang, Paru-Paru Jentik Hati Juri America’s Got Talent

Penyanyi itu menarik perhatian ramai selepas menjalani uji bakat yang menakjubkan tahun lalu di America’s Got Talent dengan mempersembahkan lagu asal berjudul “It’s OK.”

Semasa persembahan pertama itu, Marczewski mendedahkan kepada barisan hakim bahawa dia sedang melawan kanser yang telah merebak ke paru-paru, tulang belakang dan hati.

Sikap positif dan keazaman Marczewski mengagumkan hakim America’s Got Talent, Simon Cowell.

“Kamu tidak boleh menunggu sehingga hidup tidak lagi sukar sebelum membuat keputusan untuk bahagia,” katanya kepada para hakim.

Baca juga: Bukan lagi wanita menopaus, kaum hawa bawah umur 50 tahun dikesan hidap kanser rahim. Ini punca-puncanya

Iklan

Namun pada musim ke-16 pada Ogos lalu, penyanyi itu mendedahkan bahawa kesihatannya semakin teruk.

Iklan

Susulan itu, dia terpaksa menarik diri walaupun setelah menawan hati penonton dan memperolehi Buzzer Emas daripada Simon Cowell. Bagi peserta yang memperolehi Buzzer Emas membolehkan peserta melayakkan diri mara ke pusingan akhir.

Hos, Terry Crews dan hakim, Heidi Klum turut memberi penghormatan buat Marczewski menerusi akaun media sosial masing-masing.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: CNN