PENGACARA terkenal, Dayah Bakar dalam satu perkongsian memuat naik gambar anak keduanya.

Bayi lelaki diberi nama Armand Muhammad Fayyadh yang kini berusia tiga bulan.

“Assalamualaikum auntie uncle dan kawan-kawan .Nama Saya Armand Muhammad Fayyadh. Auntie uncle boleh panggil saya ikut pilihan hati ataupun baby adik.

Baca ni ‘Its another hero’. Dayah Bakar kongsi berita gembira baby adik selamat dilahirkan

Dayah Bakar

“Buat masa ni, saya paling love milk, sleep and poopoo.

“Doakan baby adik sihat, membesar dengan kuat dan baik, cerdas, bijak dan menjadi anak yang soleh, penyejuk hati ibu baba, berjiwa besar, indah akhlaknya, merendah diri dan berbakti pada agama bangsa dan negara. Amin,” ungkap Dayah menerusi kapsyennya.

Dayah 1

Baca lagi Tahniah, Dayah Bakar hamil anak kedua, Fahri bakal dapat ‘baby adik’

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata warga maya memuji kecomelan si kecil yang tampak begitu ‘bersemangat’ tubuhnya.

‘Masha-ALLAH comelnyee.. Pipi tu simpan susu ya.’

‘Baby iras cam muka mak dayah,’

‘Alolo…sorok pau ke dalam mulut tu baby adik?’

‘YA ALLAH, pipi dia makin bambam. Hari tu tak berani pegang sebab new born lagi. Ishhh, geramnya tengok awak sayang baby adik 😍😍 Nak gigit je pipi dia tu. Masya-ALLAH.’

Dayah

‘Okay masya-ALLAH serius comel hensemnya. Obvious hidung dan mulut pipi ikut kak Dayah.. mata and whole face muka baba. Semoga apa yang didoakan ibu baba, ALLAH makbulkan.’

‘Masya-ALLAH comelnya dia. Nak cubit-cubit je pipi tu tau.’

‘Eh tayang2.. tu pipi ke scramble egg aunty iren dik? Gebu betul.’

 

‘Masya-ALLAH, comel. Kali ni rasanya ikut muka dikpa, ikut daddy.. ke kak teh silap tengok ?

Iklan

‘Kalau fahri is more of you , Fayyadh is the mix of you and your husband. Comelnya pipi pau tu.’

Baca juga Puas ajar panggil ibu, gelagat anak bersahaja panggil ‘Dayah’ cuit hati ramai

Dayah

Dayah atau Nur Hidayah Abu Bakar berkahwin dengan suami yang juga merupakan bekas rakan sekelasnya, Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018.

Hasil daripada perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia tiga tahun.

Baca lagi Timang anak lelaki, Dayah Bakar kini bergelar ibu

Dayah

Iklan

Ketika melahirkan Fahri, suaminya tidak dapat berada di sisi kerana bertugas di Australia.

Sumber: Instagram dayahbakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!