BARU-BARU ini tular di laman sosial sebuah video majlis perkahwinan pasangan selebriti dikenali ramai yang jelas kelihatan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Majlis yang diadakan di sebuah villa di Genting Highlands itu dipercayai berlangsung pada 15 Disember lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, ini enam fakta mengenainya;

1. Polis menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu pada 10.30 malam tadi yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan perkahwinan pasangan itu di sebuah villa di Genting Highlands.

2. Hasil siasatan pihak polis, majlis itu berlangsung pada 8.30 malam, 15 Disember lalu.

Iklan

3. Menerusi video tersebut, terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Iklan

Mudah! Sistem pendaftaran perkahwinan kini boleh dibuat secara online

4. Keadaan itu dilihat melanggar SOP PPN Fasa 4 dan polis sudah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden itu.

Baca juga Semakin pulih, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak ditebuk

5. Pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan terbabit.

6. Kes disiasat mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden berkenaan serta dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).