PASANGAN selebriti Nick Jonas dan Priyanka Chopra Jonas mendedahkan wajah anak sulung mereka, Malti Marie Chopra Jonas, 1, buat kali pertama.

Malti Marie muncul kali pertama di khalayak ketika acara The Jonas Brothers menerima bintang mereka di The Hollywood Walk of Fame.

Priyanka Chopra yang turut sama ketika detik bersejarah karier suaminya itu dan duduk di barisan hadapan sambil memangku Malti Marie.

Baca juga: Priyanka Chopra, Nick Jonas teruja sambut Deepavali kali pertama dengan anak

Ia adalah kali pertama pasangan sejoli itu membiarkan wajah bayi perempuan mereka dilihat di tempat awam. Malti yang dilahirkan pramatang telah menghabiskan 100 hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Bagi penampilan pertama, Malti kelihatan comel memakai jaket dan skirt tweed kuning air yang  dipadankan dengan hiasan kepala bunga putih.

Dalam ucapannya di majlis berkenaan, Nick ada menyebut tentang cahaya matanya.

“Malti Marie, saya tidak sabar untuk kembali ke sini bersama 15 tahun lagi dan memalukanmu di hadapan rakan-rakan.

“Untuk isteri saya yang cantik, awak adalah tenang dalam kekacauan dan pelangi dalam ribut saya. Saya bersyukur berkahwin dan menjadi ibu bapa dengan awak. Ia adalah anugerah terhebat,” kata Nick.

Baca juga: Priyanka Chopra, Nick Jonas akhirnya kongsi perihal anak

Priyanka dan Nick terdahulu berkongsi berita gembira mereka menyambut bayi sulung melalui kaedah ibu tumpang.

Iklan

PRIYANKA CHOPRA-NICK JONAS

Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan ketika usia kandungan 27 minggu di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat.

Nick, 31, dan Priyanka, 41, berkahwin pada 1 Disember 2018 selepas bertunang pada bulan Mei tahun yang sama. Jurang usia 10 tahun antara mereka berdua menjadi perhatian ramai.

Iklan

Baca juga: Selain Priyanka Chopra, ini barisan selebriti dunia yang guna kaedah ibu tumpang

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.