PASANGAN selebriti Nick Jonas dan Priyanka Chopra Jonas meraikan Deepavali yang cukup istimewa tahun ini dengan anak perempuan mereka.

Meraikan Deepavali Selasa lalu, Jonas berkongsi gambar dengan anak kesayangan mereka, Malti Marie Chopra Jonas, sembilan bulan.

Dalam foto pertama, Jonas memegang Malti yang memakai gaun berwarna kuning air yang mempunyai corak yang sama cetakan dengan sama dengan pakaian Priyanka.

Menerusi foto kedua Priyanka duduk memangku Malti. Bagaimanapun kedua-dua gambar diletakkan emoji hati untuk menyembunyikan wajah si kecil itu.

Baca juga: Priyanka Chopra, Nick Jonas akhirnya kongsi perihal anak

“Sambutan Deepavali yang begitu indah bersama cinta hati saya. Selamat Hari Deepavali semua. #diwali,” katanya.

Priyanka dan Nick terdahulu berkongsi berita gembira mereka menyambut bayi sulung melalui kaedah ibu tumpang.

Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan ketika usia kandungan 27 minggu di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat.

Susulan dilahirkan pada usia pramatang, Malti dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 100 hari.

Baca juga: Selain Priyanka Chopra, ini barisan selebriti dunia yang guna kaedah ibu tumpang

Iklan

Priyanka menerusi laman Instagram mengakui  beliau dan suami berdepan pelbagai cabaran sepanjang Malti dirawat.

Untuk rekod, Nick dan Priyanka yang berkahwin pada 1 Disember 2018 selepas bertunang pada Mei 2022. Jurang usia 10 tahun antara mereka menjadi bualan ramai.

Baca juga: Priyanka Chopra buka restoran masakan India di New York

Iklan

Sumber: priyankachopra, nickjonas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi