Rebah semasa berkonvoi, anak sulung pelakon Rosnah Mat Aris meninggal dunia

SATU demi satu pemergian yang memilukan dilaporkan dalam minggu ini.

Selepas Bad Indigo dan Badrul Muhayat, anak sulung pelakon Rosnah Mat Aris, Romi Sofha Rostam meninggal dunia pada petang semalam (Sabtu).

Khabar duka itu dimaklumkan oleh rakan pelakon aktres berkenaan, Didie Alias.

“Hari ini satu lagi perkhabaran duka yang mummy terima, anak lelaki sulung kepada kakak (primadona) @divarosnahmataris telah menghembuskan nafas terakhir petang tadi.

“Sempat mummy pergi menziarah Kak Ros dan keluarga. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Romi Sofha, semoga arwah ditempatkan bersama orang- orang yang soleh.

“Salam takziah buat Kak Ros sekeluarga. Semoga akak kuat, sayang akak,” tulis Didie menerusi Instagram miliknya.

Allahyarham dikhabarkan meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba ketika berhenti di pinggir jalan.

Ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang daripada konvoi motosikal dari Cameron Highlands menuju ke ibu negara.

Baca juga: Bapa pelakon Norman Hakim meninggal dunia malam tadi di Kuantan, mohon doa orang ramai

“Apa yang saya dimaklumkan dia (Romi) pergi ride bersama kawan-kawan dan ketika berpatah balik dari Cameron Highlands dia memberhentikan motosikal di tepi jalan ketika sampai di Sungai Koyan.

“Dia kata macam sakit dada dan rakan-rakannya bantu menyapu minyak pada bahagian dadanya sebelum arwah mengadu mahu muntah dan rasa pitam. Tak lama selepas itu dia tumbang,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Didie berkata, rakan-rakan arwah sempat menghantarnya ke sebuah klinik berdekatan.

Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis, Pahang sebelum disahkan meninggal dunia.

“Sekarang jenazah sedang dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya sama ada disebabkan serangan jantung atau perkara lain,” jelasnya.

baca juga: Badrul Muhayat meninggal dunia di Pulau Mutiara, punca kematian masih belum dikenali pasti

Iklan

baca juga: Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja di Ampang. Rakan selebriti, bekas isteri terkejut

Berkongsi mengenai keadaan Rosnah, Didie memaklumkan pelakon itu tenang dan reda dengan pemergian anak kesayangannya itu.

“Kak Ros (panggilan Rosnah) tenang tapi dalam hati siapa yang tahu,” katanya.

Didie memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak hari ini.

Selain Romi, Rosnah mempunyai tiga lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya.

Iklan

Selepas 12 tahun bergelar ibu tunggal, Rosnah bertemu jodoh dengan Tajul Effendi Isa atau Blue pada tahun 2008.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!