PELAKON Rozita Che Wan memberitahu, terpaksa menunda perancangan untuk bercuti sempena ulang tahun kelapan perkahwinannya selepas suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana disahkan positif Covid-19, akhir bulan lalu.

Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, Zain terlebih dahulu disahkan positif diikuti Aaisyah sehari kemudian.

Bagaimanapun beliau dan dua anak lelakinya bebas virus itu.

Baca juga: Cantiknya…Che Ta melaram baju pengantin songket hijau

“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu. Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.

“Zain memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.

“Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya,” ujarnya.

Tambah Che Ta, beliau secara peribadi tidak suka situasi berkenaan berlaku.

“Memang apabila semua ini berlaku, habis perancangan itu ini termasuk menyambut ulang tahun perkahwinan terbantut. Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi.

“Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang. Virus ini memang ada di sekeliling kita. Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda.

“Kadang kadang sejauh mana kita berhati hati pun, nak jadi… jadi juga,” kata Che Ta memberitahu ibu dan adik beradiknya turut positif COVID-19 beberapa bulan lalu.

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Baca juga: Hati murni Che Ta, sedia jalin kerjasama secara percuma untuk program amal

Sementara itu, seperti lazimnya meraikan ulang tahun perkahwinannya kali ini, pasangan suami isteri itu tetap ‘bersanding semula’ dalam sebuah majlis keraian di sebuah lokasi eksklusif di ibu kota.

Che Ta dan suami mula ‘bersanding semula’ sejak tahun 2019.

“Cuma majlis kali ini memang cukup sederhana kerana situasi semasa pandemik. Tapi tetap nak rasai mood jadi pengantin dengan mengenakan gaun rona putih.

Iklan

“Tahun ini sempat juga melaram dengan baju songket warna maroon rekaan Man Kajang untuk sesi fotografi. Tahun lalu kalau ada yang masih ingat songket berwarna hijau rekaan pereka fesyen sama jadi pilihan.

“Masa itu, fotografi dibuat di Pulau Langkawi dalam suasana kenduri dan persandingan ala kampung. Sampai siap diarak dengan paluan kompang. Zain pun siap bertanjak dan berkeris. Kawan baik saya ketika itu jadi ‘ekstra’ tukang palu kompang,” katanya.

Che Ta dalam pada itu, tidak menyangka masa seakan berlalu hingga usia perkahwinannya terus bertambah.

“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.

Iklan

“Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin. Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah.

“Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” katanya.

Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.

Baca juga: ‘Saya tak mahu ambil risiko..’ – Che Ta tegas enggan berlakon dengan…

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Foto: Ihsan Rozita Che Wan