Sarat hamil 6 bulan, Izreen Azminda risau isu tertukar bayi

A
A
A

BARU-BARU ini negara digemparkan dengan isu tertukar bayi baru lahir dipercayai kecuaian pihak hospital.

Perkara tersebut menjadi semakin panas apabila media tempatan melaporkan pula kisah tiga wanita termasuk pasangan kembar yang tertukar pada 20 tahun lalu.

Bayangkan, kejadian itu hanya disedari selepas Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar kandungnya Noratirah Husin berusia 20 tahun menjalani ujian asid deoksiribonukleik DNA) pada bulan September tahun lalu.

Pastinya peristiwa sedemikian meninggalkan kesan, sekali gus menjadi mimpi ngeri khususnya dalam kalangan ibu yang bakal melahirkan anak.

Pelakon, Izreen Azminda yang kini sedang hamil enam bulan juga tidak terlepas diselubungi rasa resah.

Memetik laporan portal tempatan, Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam berpendapat

selain pihak hospital, golongan ibu bapa juga perlu membuat pemeriksaan teliti sebelum dibenarkan pulang ke rumah bersama bayi masing-masing.

Menurut wanita berusia 36 tahun tersebut sebagai ibu seharusnya mengambil langkah berhati-hati memandangkan semua bayi yang baru lahir tampak sama.

"Sebelum kejadian ini lagi saya dah pernah terfikir takut juga kalau tertukar bayi, tapi sebagai

ibu saya akan berhati-hati sebelum keluar hospital. Kena check adakah betul yang ini anak kita.

"Memang setiap baby yang baru lahir nampak macam sama, tapi saya percaya sedikit sebanyak perbezaan sebagai ibu kita boleh tahu," ujarnya.

Katanya, kecuaian pasti berlaku sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Jadikan kejadian itu sebagai pengajaran untuk semua.

Sarat hamil 6 bulan, Izreen Azminda risau isu tertukar bayi

Wajib bin, binti bapa kandung

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kesilapan tertukar bayi dengan

keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung.

Ini bagi mengelakkan timbul isu berbangkit terutamanya berkaitan pembahagian pusaka.

Menurut beliau, anak kandung itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka ditinggalkan bapa kandung yang sudah meninggal dunia.

"Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, haram kalau dengan sengaja. Dalam kes ini ia ‘tersilap’, jadi apabila tersilap, insya-ALLAH tuhan ampunkan.

"Tetapi dari segi pengurusan (Jabatan Pendaftaran Negara), terserahlah… kalau undang-undang kata tidak boleh tukar sebab melibatkan sijil misalnya, tidak mengapa, tetapi perlu ada satu catatan bahawa ini adalah anak angkat.

"Kalau tidak nanti dia boleh buat tuntutan di mahkamah dan berhak mendapat tuntutan pusaka. Sekarang tidak mengapa kerana damai (tiada perbalahan)," katanya.

Mengenai kes tertukar bayi yang diketahui setelah 20 tahun di Kelantan itu, Mohamad Shukri menjelaskan, tidak menjadi kesalahan anak yang tertukar terus tinggal bersama keluarga memeliharanya selama ini kerana dianggap anak sebenar dan telah menyusu daripada ibu keluarga berkenaan.

Sehubungan itu, dari aspek hukum aurat adik-beradik susuan adalah sama dengan hukum aurat adik-beradik

seibu sebapa.

Mengenai wali dalam pernikahan pula, merujuk kepada kes ini yang kedua-duanya sudah kehilangan bapa

kandung, Mohamad Shukri menjelaskan pengganti wali yang terdekat ialah abang atau adik-beradik lelaki

kandung.

Baca juga Acong Sweetchild jual pai keju tampung kehidupan sepanjang PKP

"Meskipun anak tertukar itu sudah tinggal bersama keluarga angkat, wali pernikahan itu mesti ikut binti

bapa yang sebenar, wali asal.

"Andai kata sudah nikah berwalikan bapa angkat atau adik-beradik angkat, tidak jatuh hukum zina, tapi

dia mesti angkat lafaz nikah baharu dengan wali asal selepas diketahui hal sebenar,” terangnya.

Berkenaan ujian DNA bagi membuktikan tali kekeluargaan seseorang pula, Mohamad Shukri memberitahu, ia boleh

diterima pakai sebagai satu daripada mekanisme untuk menentukan nasab (anak kepada bapa).

Apapun, mungkin ada hikmah di sebalik situasi yang berlaku. Semoga tautan silaturahim kedua-dua

keluarga terjalin selamanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca