PENYANYI rap dan usahawan, Caprice menafikan dakwaan sesetengah pihak dia mengalami masalah tekanan perasan dan mental tidak stabil.

Bagaimanapun Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, mengakui sudah mengambil ubat tidur sejak tiga minggu lalu.

“Ada yang kata pasal kesihatan mental saya, saya rasa mungkin saya tertekan dan perlu ambil tidur sejak tiga minggu lalu sebab saya sukar tidur.

“Saya percaya ini bukan kerana tekanan, tetapi sesuatu mengenai jihad saya sebab siapa yang kenal Caprice selama ini, siapa yang pernah cucuk, pertikai atau cabar jihad saya, something inside me burn, buat saya jadi gila dan jadi orang lain.

“Badan tak boleh bawak bincang dan saya minta maaf,” ujarya menerusi Insta Story miliknya.

BACA JUGA ‘Cap (Caprice) Muhasabah Diri…’ – Raf Yaakob Minta Caprice Henti Persengketaan

Tambah penyanyi lagu BAL itu, lebih membuatkan dia kecewa apabila seseorang yang dilihat sebagai sahabat enggan memberi kerjasama.

“Tak sangka seorang sahabat, kawan saya, tiba-tiba senyap dan tak boleh beri kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza.

Iklan

“Benda kecik je saya tak tahu kenapa. Tetapi saya rasa saya tahu sekarang. Saya harap hubungan itu jadi seperti dulu tanpa campur tangan orang lain atau politik.

“Ikutkan perancangan, beliau lakukan kerja amal manakala saya rapatkan saf dengan influencer, artis, cikgu dan anak muda di Gaza.

Iklan

“Ada benda yang berlaku, yang melukakan hati. Saya tak sangka ia akan berlaku. Jadi minta maaf dengan apa yang berlaku untuk tempoh dua hari ini,” ujarnya yang memaklumkan berkemungkinan tidak dibenarkan untuk masuk ke Gaza kerana campur tangan pihak tertentu.

BACA JUGA Sharnaaz Nasihat Caprice Pulang Ke Malaysia, Dapatkan Rawatan