PENYANYI Selena Gomez menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi selepas terbuka berkongsi kisah cintanya bersama komposer, Benny Blanco.

Hubungan itu akhirnya menoktahkan teka-teki ramai peminat sekali gus menyatakan penyanyi itu telah move on daripada kisah cintanya dengan bintang pop, Justin Bieber.

Cinta yang khabarnya bersemi sejak Julai 2023 itu dipenuhi pelbagai cerita. Adat dunia dengan selebriti, walaupun hal yang kecil tetap menjadi perhatian para peminat.

Dalam perkembangan terbaru, penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan rambutnya pernah dijangkiti kutu daripada Blanco.

Manisnya percintaan, Selena mengganggap jangkitan parasit penghisap darah itu sesuatu yang romantik.

“Kebanyakan orang menganggapnya keji, tetapi saya fikir ia romantik kerana kami memilikinya pada masa yang sama,” katanya dalam sebuah podcast.

Perkara yang tersebar di laman sosial X itu menyebabkan para peminat Selena bertambah geram dan menganggap Benny tidak menjaga kebersihan.

Bagaimanapun, ada juga peminat memberitahu khabar angin itu palsu dan sengaja diada-adakan bagi menjatuhkan imej pasangan tersebut.

INFO KUTU

1-Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut.

2-Telur-telur serangga artropod itu akan menetas selepas lebih kurang lapan hari.

3-Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah.

4-Ia juga berupaya merebak melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

5-Kutu kepala perlu berada pada kepala manusia untuk terus hidup. Sekiranya tidak berada pada kepala, kutu akan mati dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Iklan

6-Kutu betina bertelur sebanyak enam hingga lapan biji telur sehari dan mampu bertelur lebih 100 biji sepanjang hayatnya.

7-Kutu bergerak secara merangkak. Kutu tidak melompat, tidak terbang dan tidak menggunakan haiwan peliharaan sebagai pembawa.

8-Selain menggunakan sikat khas, rawatan syampu antikutu (pedikulosid) berkesan menghapuskannya. Syampu antikutu perlu dibiarkan selama beberapa jam (bergantung kepada jenama) pada bahagian rambut sebelum dibilas.

9-Penggunaannya perlu diulang selepas tujuh hari bagi memastikan keseluruhan kutu pada kepala dapat dibasmi. Penyisihan kutu melalui sikatan basah secara kerap (diulang pada hari ke-5, 9 dan 13) juga boleh dijadikan alternatif terutama bagi peringkat awal kanak-kanak atau golongan yang mengelak daripada menggunakan terapi secara kimia.

10-Cara terbaik untuk mengesan kutu kepala adalah dengan menggunakan teknik sikatan basah seperti berikut:

Iklan

*Lumurkan perapi rambut pada keseluruhan rambut.
*Sikat menggunakan sikat biasa bagi meleraikan rambut yang kusut.
*Sikat kutu (sikat bergigi rapat) digunakan untuk menyisir rambut secara berhati-hati bermula dari kulit kepala sehingga hujung rambut.
*Periksa kehadiran kutu pada celah-celah gigi sikat selepas setiap kali sikatan.
*Keseluruhan bahagian rambut disikat secara sistematik sekurang-kurangnya dua kali.

Sumber: HUKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!