LAMA tidak muncul dengan lagu terbaru, penyanyi hip hop Malique menghadiahkan buah tangannya, single berjudul Sedih Hati buat para peminat.

Lagu tersebut menggabungkan suara lunak Malique digabung indah dengan empat baris lirik nyanyian Allahyarham Mona Fandey yang berasal daripada lagu Ratapan Anak terbitan tahun 1987.

Menerusi muzik video (MV) versi akustik,yang baru dilancarkan semalam, tiada kelibat Malique dilihat. Namun para peminat terubat rindu apabila menyaksikan anak perempuan Malique, Inca Medina muncul sebagai pemain biola menerusi MV terbabit.

Baca juga: Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet

MV yang dimuat naik di YouTube, Qarma Studios berkenaan menampilkan empat pemuzik iaitu iaitu pemain keyboard, Haidi Mode Hykal, pemain gitar, Ritz Metalasia, komposer, Tripdisz dan Inca Medina sebagai pemain biola.

Lama Malique atau nama sebenarnya Cairel Adrin Ibrahim tidak pernah muncul di media dan menyumbang di belakang tabir, kemunculan anaknya menjadi perhatian.

Baca juga: Siqma kembali dengan Dipinggirkan, kerjasama dengan Malique

Warga maya teruja menyaksikan MV terbaru itu terutama aksi Inca Medina. Memiliki lesung pipit seperti Malique, remaja berusia 14 tahun itu memiliki senyuman manis.

Ujar mereka:

– “Senyum persis ayahanda. Semoga terus berkarya Que Chill dilindungi ALLAH SWT seluruh keluarga.”

– “Masya-ALLAH anak Malique seorang pemain biola rupanya, hebat.”

– “Wahh besar sudah Inca Medina, terus teringat lagu Senyum.”

– “Inca Medina… Dalam karya diselitkan kehidupan. Always support Malique sejak zaman Too Phat, Phat Fam.”

– “Cantik Inca Medina, kemunculan pertamanya. Senyuman seiras Malique.”

– “That look after Inca Media menanggalkan mask, ‘terpaling’ Malique ya. Cantiknya.”

– “Terubat rindu melihat Inca. Kita semua tahu Malique tidak akan muncul kembali. Just wanna say thank you masih menyumbang dalam industri.”

– “Oh Inca Medina orang secantik nama. Cantik luar, cantik dalam, cantik macam mama – Malique.”

Baca juga: Cantiknya anak ‘papa Megah Holding,’ Salsabil Mustapha Kamal curi tumpuan warganet

Iklan

Terdahulu, Malique pernah mengetengahkan anak sulungnya itu menerusi lagu Senyum iaitu single duet bersama NJWA.

“Oh Inca Medina orang secantik nama.

“Cantik luar cantik dalam cantik macam mama.

“Hati macam grandmanya anginnya macam papa.

“Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana.”

Iklan

Malique mendirikan rumahh tangga dengan, pelakon model dan personaliti TV, Melissa Maureen pada 8 Ogos 2008 di Bali, Indonesia.

Perkongsian hidup bersama Melissa, Malique dikurniakan empat cahaya mata iaitu Inca Medina, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya.

Baca juga: Meniti usia remaja, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah makin seiras dengan Azrinaz Mazhar Hakim, kejelitaan terserlah

Sumber: Qarma Studios

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!