MENGIDAM, situasi yang sering dialami ibu hamil. Ia terjadi secara spontan, biasanya bakal ibu teringin untuk merasa sesuatu jenis makanan. Namun tidak dinafikan, ada yang mempunyai keinginan pelik lain.

Itu yang berlaku pada ibu hamil ini yang mengidam menghidu bau tayar getah.

Dalam satu video berdurasi 14 saat yang tular di TikTok, wanita tersebut dilihat begitu asyik mencium tayar motosikal.

“Kenapa orang pregnant mengidam benda pelik,” titipnya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai. Rupa-rupanya ramai yang mempunyai pengalaman mengidam pelik-pelik sehingga mengundang rasa lucu dalam kalangan warga maya yang membacanya.

Baca juga: Ibu hamil menangis mengidam makan roti buaya, mujur mak mentua sanggup buatkan

Baca juga: [VIDEO]Wanita hamil anak ke 2 mengidam jadi pengantin diarak keliling kampung

Baca juga: Ibu hamil mengidam naik kereta kebal menangis, impian akhirnya tercapai dengan bantuan ATM

Bac ajuga: [VIDEO] Mengidam bau tar jalan, suami pasrah layan kehendak isteri sedang hamil

Antara komen yang menarik perhatian ialah:

“Ok lagi tu. Dulu masa mengandung anak nombor dua mengidam nak duduk dalam lokap.”

– “Saya dulu masa pregnant suka sangat bau baju suami lepas balik kerja, part ketiak sahaja.”

– “Saya dulu suka bau sabun ketul.”

– “Macam saya hari tu suka bau duit baru RM10 dari mesin ATM. Saya simpan sampai sekarang, tak guna semata-mata untuk cium bau sahaja.”

– “Saya pula sekarang ni suka bau almari lama, syahdu betul.”

– “Masa mengandung dulu suka bau rumput yang dimesin. Gigihlah suami bawa saya lalu tempat orang sedang potong rumput.”

– “Aku dulu suka bau tikar getah, sekarang anak sudah bujang.”

– “Pengalaman teringin minum air Milo lori di sekolah, aduhai pening suami mencari.”

Selain itu, tidak kurang juga komen kaum suami yang turut mengidam semasa isteri hamil.

Iklan

– “Masa wife mengandung kita yang mabuk, alahan, mengidam itu dan ini sampai tak boleh buat kerja sampai bersalin, trauma sampai sekarang.”

– “Rata-rata komen isteri mengidam itu ini tapi masa isteri mengandung, saya yang ngidam. Alahan teruk sampailah beliau selamat bersalin. Trauma terus.”

5 FAKTA MENGIDAM 

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

1-Mengidam semasa hamil terjadi disebabkan perubahan hormon yang memberi kesan terhadap deria rasa dan bau. Alahan semasa hamil seperti letih, pening, muntah dan lain-lain yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab anda mahu sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.

2-Kebanyakan doktor percaya kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil yang mencetuskan rasa mengidam. Contohnya, keinginan makanan laut yang mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium dan sodium manakala kekacang dan bijirin pula  berkemungkinan besar berpunca daripada kekurangan magnesium dalam tubuh.

3-Ada juga segelintir wanita hamil mengidam ais ataupun air batu. Keadaan ini dikenali sebagai pica yang sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi.

Iklan

4-Teringin mencium bau minyak tanah, petrol, bahan pewangi antara contoh mengidam yang pelik. Jika ini berlaku, ia tidak dapat dikaitkan dengan kekurangan apa-apa jenis zat makanan. Keiginan kepada objek bukan daripada sumber makanan sememangnya sukar difahami. Tidak ada penjelasan dari sudut sains untuk kes-kes sebegini.

5-Secara amnya, ia tidak membahayakan wanita hamil dan anak di dalam kandungannya. Namun, bagi yang mungkin mengidam bahan-bahan berbahaya perlu berhenti daripada meneruskan keinginan tersebut. Manakala ibu hamil yang mengidam makanan yang tidak berkhasiat disarankan agar menahan diri dari terlalu kerap.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!