'Selepas 17 tahun raya tanpa isteri...' Sabri Yunus & Angeline Tan teruja mahu balik kampung, sederhana sambut Syawal
SEJAK pasangan Sabri Yunus dan Angeline Tan sah bergelar suami isteri, apa jua berita tentang mereka pasti akan meraih perhatian ramai.
Sikap low profile merpati sejoli itu cukup dikagumi ramai. Masakan tidaknya, jika segelintir suami isteri lain sering menayangkan selepas berkahwin, berbeza dengan kedua-dua pelakon itu.
Setiap kali ditemu bual baik media cetak mahupun elektronik, mereka cukup menjaga adab dan tiada adegan keterlaluan yang ditunjukkan.
Pun demikian, ramai yang memuji pasangan itu tetap sweet, romantik dan serasi bersama.
Menerusi satu temu bual baru-baru ini, pasangan yang meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berkongsi persediaan dalam menyambut kedatangan Syawal.
Sementelah ini adalah pertama kali pelakon berusia 57 tahun itu meraikan hari raya sebagai saudara baharu dan juga status seorang isteri.
"Saya serahkan apa yang patut dibeli kepada anak-anak dan menantu. Saya biarkan buat ikut cita rasa mereka.
"Soal pakaian ada yang sudah tersedia, pemberian adik kepada abang (suami). Selain itu, ada juga pakaian yang dibeli sebelum ini belum di pakai dan boleh digunakan.
Ulasnya lagi, beliau teruja dan menantikan saat pulang ke kampung di Kota Bahru kerana di situ lebih meriah dan ramai saudara mara berbanding di Kuala Lumpur.
TRADISI BALIK KAMPUNG
Sementara itu, Sabri atau nama sebenarnya, Mohd Sabri Yunus mengakui, selepas 17 tahun, tahun ini kemungkinan akan ada persediaan raya yang dilakukan memandangkan beliau kini sudah beristeri.
"Selama ini tradisi kami tidak terlalu membesarkan sambutan raya, cuma akan balik kampung. Raya ini ibarat nostalgia dan apa ertinya raya jika tak balik kampung," ungkapnya.
"Saya tidak beraya di Kuala Lumpur dan sambut di kampung sahaja. Selepas pulang daripada cuti di kampung, saya terus kerja.
"Persediaan raya memang tak buat namun selepas 17 tahun tanpa isteri, orang pun tak nak datang sebelum ini.
"Cuma, kemungkinan dengan kehadiran isteri (angeline), ada yang nak berkunjung jadi kami persilakan, namun tidaklah membuat persediaan. Apa pun datanglah," kongsi pelakon dan pelawak popular itu.
JENIS BERSEDERHANA
Celah Angeline pula, mereka berdua jenis bersederhana dalam meraikan apa jua jenis sambutan raya.
"Waktu sambutan Tahun Baharu Cina pun saya sambut secara sederhana. Yang penting adalah suasana tersebut, kita yang suka," ujar Angeline Tan atau nama islamnya, Ardini.
Sabri dan Angeline selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis, pada 14 Oktober lalu.
Sebelum ini, Sabri kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Angeline pula memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang