'Seronok anak-anak muda dan bukan Islam nak join.' #GengSubuhmacamJumaat dapat sambutan, Alif Satar plan anjur Road to Ramadan

20240208_101530_0000
20240208_101530_0000
A
A
A

 

"MENAKJUBKAN, jarak jauh berkilometer bukan penghalang mesej Geng Subuh Macam Jumaat sampai ke pelosok dunia, Alhamdulillah seek of ALLAH," ungkap penyanyi dan pelakon, Alif Satar terharu dengan reaksi positif masyarakat.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau tidak menjangka penerimaan orang ramai amat luar biasa sehinggakan ke luar negara.

"Saya bersyukur Geng Subuh macam Jumaat dah jadi 'world wide', orang luar negara seperti Brunei, Singapura dah mula nampak.

"Sampaikan selebriti terkenal Singapura, Taufik Batisah yang saya tak pernah jumpa, menggerakkan kempen ini.

Baca juga: ‘Tersembam atas sejadah, dengar isteri jerit.’ Fizo Omar pengsan ketika solat subuh akibat vertigo

"Di Brunei baru-baru ini, pendakwah Indonesia, Ustaz Abdul Somad pun join sama, pelajar luar negara buat di surau dan masjid," katanya ketika ditemu bual.

http://Alhamdulillah, seek of ALLAH - Alif Satar https://vt.tiktok.com/ZSFNQbRLT/

Tambahnya, perkembangan terbaharu di Dubai, Alif juga berada di sana atas urusan kerja dan berkesempatan melakukan Geng Subuh macam Jumaat dengan disertai lebih 40 orang.

Baca juga:Merdu laungan azan Taufik Batisah menusuk kalbu, Subuh Macam Jumaat kini di Singapura. ‘Will join you soon my brothers’

"Rakyat Malaysia di Dubai cemburu sebab tak selalu diadakan program atau kempen seperti ini, mereka rindu suasana berkenaan," katanya.

Menurutnya, sempena menyambut Ramadan, beliau juga merancang untuk mengadakan 'Road to Ramadan'.

"Saya rasa akan ada peringkat seterusnya, ia dah diwar-warkan di Instagram. Seronok kerana anak-anak muda mahu sertai sekali, malah ada rakan-rakan bukan Islam nak ikut juga.

"Ada satu hadis apabila kita solat isyak dan subuh berjemaah seperti berqiamulail, berlipat ganda pahala apatah lagi bulan Ramadan," ujarnya.

Baca juga: Alif Satar guna pengaruh untuk kebaikan, 3,000 ‘pejuang’ hadir misi Geng Subuh Macam Jumaat, galak jemaah di masjid

Sehubungan itu, Alif mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan 'Road to Ramadan'.

 

Mengulas lanjut, anak sulung daripada empat beradik itu turut meluahkan rasa bersyukur kerana kempen Geng Subuh macam Jumaat mendapatkan sokongan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Terbaik usaha yang dilakukan Alif, mengajak ke arah kebaikan dalam mencari pahala dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca