Sesak nafas sebelum hembus nafas terakhir, Mael meninggal dunia pada usia 55 tahun

VOKALIS kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael kini tiada lagi. Bintang rock berusia 55 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Muar, Johor.

Pemergian Mael sekitar jam 9.30 malam pada 6 Syawal dimaklumkan oleh anak perempuannya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks menerusi WhatsApp kepada Astro Awani.

Baca juga: Komposer Suci Dalam Debu meninggal dunia, alami jangkitan kuman pada paru-paru akibat melioidosis

“Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam.”

Berita itu turut dikongsikan menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz berdasarkan hantaran Facebook pengurus kumpulan XPDC yang dikenali sebagai Bro Yazid.

Menurut portal media tempatan, difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas. Jenazah Mael dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudah, Batu 6 Bakri, Muar.

Baca juga: Ali XPDC masih terima rawatan di hospital, anak tangguh pengajian untuk bantu keluarga

Kredit foto: Bro Yazid

Mael adalah legenda rock tanah air yang mempunyai vokal yang unik. Allahyarham terdahulu menubuhkan Tragedy pada 1985 sebelum nama ditukar kumpulan itu kepada XPDC pada tahun 1988.

Mael setia bersama dengan XPDC dan melahirkan beberapa album iaitu Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng-Yu dan Brutal.

Beliau mengundurkan diri pada 1997 dan vokalis kumpulan tersebut digantikan dengan Ali Terra Rossa.

Iklan

Album terakhir Mael bersama XPDC, Brutal terjual melebihi 350,000 unit sekali gus mencatat rekod pencapaian jualan terbaik kumpulan itu sehingga kini.

Baca juga: “Insya-ALLAH kita jumpa di syurga nanti abah” Bapa Sufi Rashid meninggal dunia

Sumber: Bro Yazid, Astro Awani 1, 2

Iklan

Foto: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami diTwitter, Instagram, YouTube& Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi