Shidee kemalangan, jatuh skuter ketika dalam perjalanan ke surau

SHIDEE
SHIDEE
A
A
A

PENYANYI era 1980an, Shidee mengalami ringan setelah terbabit kemalangan pada petang Ahad.

Bekas peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) itu dikatakan  terjatuh daripada skuter eletrik yang ditunggang ketika dalam perjalanan ke sebuah surau berdekatan kawasan kediamannya untuk menuaikan solat Asar.

Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 62, dibawa menaiki ambulan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  untuk mendapatkan rawatan.

Penyanyi tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari sama.

Menurut Shidee, dia akan membuat pemeriksaan doktor sekali lagi selepas melihat perkembangan kesihatannya dalam masa terdekat untuk memastikan dirinya benar-benar dalam keadaan baik.

Terdahulu penyanyi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu kembali meraih perhatian selepas menyertai GV8. Bagaimanapun Shidee gagal ke pentas akhir apabila tersingkir pada minggu separuh akhir.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca