Siapkan ‘bekal anakku sayang’ setiap pagi, Nabila Huda dipuji ibu rajin

PENGACARA dan pelakon versatile Nabila Huda yang cukup terkenal dengan watak-watak antagonis dalam drama mahupun filem mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan video masakan.

Menerusi Intagram miliknya, dia yang mesra dipanggil Abil itu berkongsi rutin menyiapkan menu sarapan atau bekal ke sekolah buat anak perempuannya Keisha Laila.

Bagi yang mengikuti akaun Tiktok dan Instagram pelakon cantik itu pasti akan teruja melihat menu-menu yang disajika setiap hari. Bukan calang-calang menu!.

Siap dengan buah dan sayur, complete set! Cantik jer susunannya. Yang penting mudah, cepat dan sedap.

Baca juga 7 idea bento dicadangkan Alce Nero untuk mak ayah sediakan untuk bekal anak kecil ke sekolah

 

Dalam setiap kapsyen video pula tercoret ‘bekal anakku sayang’ yang dilihat Abil sangat ikhlas menyiapkan menu tersebut.

Rata-rata peminat dan pengikutnya merasa sangat kagum serta memuji Abil yang rajin dan konsisten dengan tugasnya sebagai isteri dan ibu.

Ujar mereka;

“Seorang ibu yang baik dan rajin… suka tengok you siapkan bekal anak. Caring Mommy.”

“Salute betul dengan Abil yang bijak menguruskan masanya untuk suami dan anak walaupun sibuk dengan karier seni.”

“Suka part last tepuk bag tu. Rasa sangat sepenuh kasih sayang seorang ibu siapkan bekalan anaknya.”

Baca juga Gelagat murid bawa bekal petai ke sekolah sebagai sarapan raih perhatian. Siap kongsi dengan kawan-kawan. Memang rare!

“Good mother always gives good attention to your kid sometimes we got mental health but we do your best for family.”

Iklan

“Cermat dan penuh keikhlasan tambah denan kasih sayang melimpah ruah… terbaik la mommy.”

Abil merupakan anak sulung kepada penyanyi rock legenda tanahair, Datuk Amy Search.

Sekadar info, Abil berkahwin dengan Zaidy Zailani pada 2008. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Kesha Laila yang dilahirkan pada 2009.

Baca juga Nabila Huda pilih berkebaya di kota New York

Iklan

Pun begitu, jodoh mereka tidak panjang. Pasangan ini memfailkan perceraian pada tahun 2011.

Abil kemudiannya berkahwin buat kali kedua pada 2015 dengan pemilik kafe hipster, Mohd Izwan Johar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!