SON Ye Jin yang baru mendirikan rumah tangga dengan aktor Hyun Bin bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Pasangan drama Crash Landing On You itu berkahwin pada bulan Mac mengumumkan sedang melalui fasa kehidupan baharu sebagai bakal ibu selepas disahkan hamil.

Baca juga: Kapten Ri, Yoon Seri bakal berkahwin Mac ini, ‘hashtag’ #CrashLandingOnYou trending

Baca juga: Majlis kahwin ‘trending’ di sosial media, berikut 10 fakta ringkas pernikahan Hyun Bin, Son Ye Jin

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Son Ye Jin di Instagram. Menitipkan kesyukuran, Wanita Tercantik Dunia 2020 itu mengakui sedang melalui pelbagai perubahan pada diri sejak berbadan dua.

“Apa khabar semua? Saya sihat. Hari ini saya akan berhati-hati dan gembira.

“‘Kehidupan’ baru akhirnya tiba, saya masih menggigil terkejut tetapi menjalaninya. Setiap hari tubuh ini mengalami perubahan.

 

Menjadi ibu buat pertama kali, Son Ye Jin memaklumkan merahsiakan perkara itu terlebih dahulu.

“Antara risau dan teruja, saya sangat bersyukur, tetapi belum memberitahu sesiapa di sekeliling kerana saya sangat berhati-hati.

“Bagi peminat yang sedang menunggu berita ini sama seperti kami, kami maklumkan kepada anda sebelum terlambat. Kami akan menjaganya dengan baik,” titip Ye Jin.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

Terdahulu, pasangan berusia 40 tahun itu berkahwin di dalam satu majlis tertutup di Aston House, Walkerhill Hotels & Resorts di wilayah Gyeonggi-do, Korea Selatan.

Iklan

Terkenal sebagai pasangan yang serasi, kedua-duanya mengakui sukar berpisah selepas sama-sama membintangi drama Crash Landing On You yang mencatat rating ketiga tertinggi dalam sejarah televisyen kabel negara itu.

Baca juga: Perkahwinan Hyun Bin ‘direstui’ peminat seluruh dunia, berikut 5 lakonan ‘oppa Hyun Bin’ wajib tonton

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.