'Sudah sebulan bayi tak bernyawa…'- Gembira bakal bergelar ibu bertukar duka, Hannah Delisha kongsi cerita keguguran
NALURI keibuan pelakon cantik manis Hannah Delisha seolah-olah direntap saat doktor mengesahkan bayi yang dikandungnya sudah tidak bernyawa lagi.
Sukar untuk digambarkan perasaan beliau ketika itu. Manakan tidaknya, dalam sekelip mata berita gembira bakal menimang cahaya mata akhirnya bertukar duka dalam tempoh tidak sampai beberapa minit.
“Bayangkan pertama kali nampak imbasan bayi, saya jadi gembira dan teruja. Namun, segala-galanya berubah dalam tempoh beberapa minit sahaja.
"Ketika itu, saya lihat perubahan pada wajah doktor yang sedang membuat scan pada baby. Kerana tidak berpuas hati, beliau memanggil doktor lain untuk kepastian.
Baca ni ‘Jumpa di syurga nanti sayang.’ Hannah Delisha kongsi berita keguguran
"Waktu itu memang saya sudah berdebar dan segala-galanya terjawab bila mana mereka mengesahkan jantung bayi saya berhenti berdegup pada usia kandungan lapan minggu.
“Bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu? Baru seminit rasa gembira, tiba-tiba terima berita yang sangat menyedihkan,” katanya yang tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata tatkala berkongsi momen duka itu.
Kembali menyambung cerita, akui Hannah, dirinya sebak bukan kerana tidak menerima ketentuan takdir. Sebaliknya, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu sebaliknya mengakui trauma.
PROSEDUR CUCI RAHIM
Bukan saja disebabkan kehilangan bayi, bahkan kesakitan yang terpaksa beliau tanggung ketika menjalani prosedur D&C atau cuci rahim.
Baca lagi Sifat penyayang Imam, buat Hannah Delisha terpikat
“Minggu pertama memang saya sangat emosi, tiba-tiba saja boleh nangis ketika di rumah. Suami pun turut sedih melihat keadaan saya, kalau boleh dia tak mahu saya lalui pengalaman itu lagi (gugur).
“Bayangkan, sudah sebulan bayi yang saya kandung sudah tak bernyawa. Namun, saya tak sedar sebab tak alami sakit perut atau turun darah. Itulah yang membuatkan saya cukup ‘down’.
“Ada yang persoalkan ala keguguran tak sakit macam beranak, tapi orang tak tahu kesan emosi yang ditanggung atas kehilangan itu,” ujarnya lagi.
Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch mengimbau kembali momen keguguran ketika ditemui pihak media baru-baru ini dalam satu program Sinar Ramadan Bulan Bintang anjuran jenama baju Melayu Bulan Bintang dengan kerjasama NGO Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra.
Baca juga Hannah Delisha kini berhijab
KEHILANGAN BAYI
Akui isteri kesayangan pelakon Imam Shah itu, beliau sebelum itu tidak mengalami sebarang tanda atau sakit.
"Sehingga kini, saya masih belum boleh melupakan momen ketika menerima berita kehilangan bayi yang saya kandung selama 13 minggu itu.
"Pun demikian, saya reda. Mungkin belum ada rezeki untuk saya dan suami menimang cahaya mata pertama kami," ungkap anak kelahiran Kota Singa itu lagi.
Menurut Hannah lagi, andai dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi, tentunya dia amat gembira kerana mereka tidak pernah merancang.
Baca lagi Hannah Delisha selamat bergelar isteri, peminat pula luah rasa kecewa
Pada masa sama, wanita berusia 27 tahun itu mengakui akan lebih berhati-hati kelak andai dikurniakan rezeki mengandung lagi.
“Sebelum ini saya terlalu banyak bergerak dan bekerja pada waktu panjang serta tak cukup tidur serta rehat.
“Selepas ini andai ditakdirkan ada rezeki untuk mengandung lagi, saya akan lebih berhati-hati,” katanya.
Pada 17 Mac lalu, Hannah berkongsi khabar duka dirinya keguguran melalui ciapan di pelantar X. Hannah mendirikan rumah tangga dengan Imam pada 18 Februari 2021.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang