MESKIPUN baru sahaja kehilangan isteri tercinta, pelawak dan ahli perniagaan, Shuib Sepahtu tetap fokus dan terus gigih berusaha memperkasakan perniagaan yang diusahakan bersama arwah isteri Siti Sarah.

Terbaru, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad membuktikan jenama minumannya telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Perniagaan minumannya, Bubblebee diiktiraf sebagai Lifestyle Beverage Brand Of The Year dalam majlis berprestij Made For The World Excellence Awards 2021.

Baca juga: Shuib Pegang Amanat Akhir Siti Sarah

Baca juga: ‘Bila Rasa Rindu Saya Cuma Mampu Panggil Nama’ – Coretan Raissuddin 100 Hari Tanpa Siti Sarah

Baca juga: “Betul Ke Ni Bagi Kat Abah?” Bapa Terkesima, Sebak Terima Hadiah Jam Tangan Mahal Daripada Anak

Pencapaian membanggakan itu dikongsikan Shuib menerusi Instagram rasminya.

Turut dikongsikan video majlis penganugerahan dan foto trofi yang diterima.

Susulan itu, dia menzahirkan kesyukuran atas pengiktirafan yang diraih Bubblebee.

“Alhamdulillah syukur, World Excellence Award 2021 Anugerah Antarabangsa.

“Bubblebee dianugerahkan Lifestyle Beverage Brand Of The Year.

“Tahniah Team BubbleBee! Kita berjaya melakukannya! Jauh lagi perjalanan! Syukur Alhamdulillah,” titip Shuib.

Perkongsian Shuib mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.

 

Iklan

Bahkan, warganet turut mengatakan jika Allahyarham Siti Sarah masih ada, dia pasti bangga dengan pencapaian suaminya.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Bubblebee adalah minuman yang dicipta menggunakan madu.

Cawangan pertamanya dibuka pada pada 8 Disember 2019. Selepas kira-kira setahun, ia berkembang kepada 27 cawangan di enam buah negeri di Malaysia.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram @shuibsepahtu