PELAKON Puteri Aishah kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.

Khabar gembira itu dikongsikan , pengurus Puteri Aishah, Iman Tang menerusi Instagram.

Baca juga: Kongsi video baby bump #babycomingsoon, Puteri Aishah umum berita gembira kehamilan

“Syukur Alhamdulillah. Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis 4 April 2024 pada jam 8.17 malam.

“Baby dan mommy sihat walafiat. Semoga si kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan membanggakan orang tuanya.

“Tahniah Puteri Aishah dan Firdaus Sulaiman,” kongsinya di Insta Story.

Pelakon Rahimah Tanpa Rahim dan Cina Buta itu berkongsi berita kehamilannya pada Januari lalu selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Iklan

Terdahulu, Aishah berkahwin dengan Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.

Sumber: Instagram

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!