PELAKON Mawar Rashid baru-baru ini menimbulkan tanda tanya susulan perkongsian foto ala pengantin di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Rupa-rupanya pemilik nama Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid itu bukanlah raja sehari dimaksudkan. Sebaliknya ibu beliau, Datin Marinee Abdullah yang selamat diijabkabulkan dengan lelaki dari Brunei yang merupakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana.

Ujar Mawar, ibunya bertemu jodoh secara kebetulan selepas saling menyapa dengan Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar yang juga seorang kenalan lama.

“Mawar tak pernah sangka akan merasa kehadiran seorang ayah.

“Siapa sangka daripada kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ daripada posting perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan babah in that video :)),” kongsi Mawar.

Baca juga: Belum terbuka hati, fokus besarkan anak, Hidayah tak sedia kahwin lagi. ‘Kena terima & sayang Hamzah’

Baca juga: Wanita 21 tahun temu jodoh legenda dikir barat Anak Tupai 64 tahun, syukur isteri pertama restu

Di sebalik perasaan gembira pada hari bahagia bonda tercinta, Mawar meluahkan perasaan sedih kerana terpaksa berpisah kerana wanita itu bakal menetap di Brunei.

Namun, ibu kepada Muhammad Rafael, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya itu juga teruja menyambut kedatangan keluarga baharu dari sebelah bapa tirinya.

“It’s hard to accept yang mummy akan tinggal di Brunei but you deserve a happy life for the rest of your life.

“To my new family in Brunei, welcome to the family. Love you all endlessly,” kongsi Mawar.

Baca juga: ‘Jaga mak baik-baik.’ Ibu bertemu jodoh pada usia 64 tahun, Datuk Azril luah rasa sebak!

Baca juga: [VIDEO] Wanita 55 tahun akhirnya bertemu jodoh, adik sebak lihat kebahagiaan kakak

Iklan

Sebelum ini, usahawan berusia 30 tahun itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet selepas memuat naik hantaran dengan jari berinai putih di Instagram.

Terdahulu, bapa kandung Mawar, Allahyarham Datuk Wan Abdul Rashid meningga dunia pada 2007.

Baca juga: Beza umur 34 tahun, suami disangka cucu, Rokiah bahagia di samping jodoh 27 tahun

Baca juga: Akui bakal berkahwin lagi, Nora Ariffin nafi gosip dengan ahli politik

Iklan

Beliau pernah berkongsi ibunya yang berdarah Thai berpindah ke Malaysia selepas berkahwin pada usia 24 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!