SEMALAM pelawak dan usahawan, Shuib diberi peluang bertemu permata hati keempatnya, kini bayi yang berusia sebulan lapan hari itu dibenarkan pulang.

Menurut Shuib, kepulangan Ayash Affan juga merupakan hadiah dari ALLAH untuknya.

“Syukur ya ALLAH, esok birthday ibu (15/9) ALLAH hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, Insya-ALLAH kejap lagi dah boleh balik dah.

“Allahuakbar, tangan, jari sebijik tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.

“Terima kasih semua, syukur ya ALLAH di atas rahmatmu,” coretnya di Instagram sebentar tadi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ayash ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas dilahirkan tidak cukup bulan pada 6 Ogos lalu.

Allahyarham Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu di HCTM akibat Covid-19.

Baca juga DJ Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai

Allahyarham sebelum itu menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada.

Iklan

Selain Ayash, Allahyarham turut meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Iklan