Tegar timang anak di usia 19 tahun

Tegar timang anak di usia 19 tahun
Tegar timang anak di usia 19 tahun
A
A
A

"WELCOME to the world baby Abidzar Oktaviano Putra Septian. Semoga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua."

Begitulah perkongsian berita gembira daripada penyanyi, Tegar Septian di Instagram Story miliknya dengan berkongsi semula foto dirinya dan bayi yang dimuat naik oleh rakannya baru-baru ini.

Kini penyanyi yang popular dengan lagu 'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang' itu bergelar bapa di usia muda berumur 19 tahun dan isterinya, Sarah Sheilka, 23, yang selamat melahirkan bayi lelaki baru-baru ini.

Dalam foto berkenaan, penyanyi dari Subang, Indonesia itu kelihatan ceria di samping bayinya.

Artikel berkaitan: Joey bersyukur ada individu bantu bayar kompaun

Sementara itu, di perkongsian seterusnya, teman Tegar kemudian mengucapkan selamat datang kepada bayi sambil menyebut nama yang dipercayai anak Tegar.

Pasangan Tegar dan Sarah Sheilka, mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu dan ia mengejutkan pelbagai pihak terutama peminatnya apabila memilih untuk berkahwin pada usia semuda itu.

Tidak lama selepas itu, dia kemudian mengumumkan isterinya hamil.

Ternyata dia dan isteri sangat teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

Tegar melakar sejarah tersendiri kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi terkenal.

Usaha kerasnya dalam nyanyian berjaya mengubah kehidupan keluarganya yang sebelumnya hidup miskin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca