CABARAN hidup berumahtangga tidak semudah yang disangkakan. Ada masa gembira, ada masa sedih. Begitulah lumrah kehidupan pasangan suami isteri yang hidup bersama di bawah satu bumbung.

Alam rumah tangga memang penuh dengan pancaroba. Kehidupan berumah tangga memerlukan usaha berterusan kedua-dua pasangan suami isteri. Banyak dinyatakan kisah rumah tangga mereka yang berjaya melayarinya dengan cemerlang di sebalik segala ujian dan rintangan yang dihadapi.

Baca juga: Berat sukar turun sebab PCOS, isteri Adam Corrie kongsi tip ‘hilang’ 16 kg dalam masa 3 bulan

Bagi pelakon Adam Corrie, beliau amat menghargai kehadiran Fazeema Mohd Fuad sebagai suri hidupnya. Malah Fazeema merupakan individu yang banyak membantu beliau sebagai seorang Muslim sejak beliau memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007.

Adam Corrie mendirikan rumah tangga bersama Fazeema pada 21 November 2008. Dalam satu hantaran dilaman Instagram, Adam berkongsi kegembiraan dan kesyukuran menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 tahun.

“Alhamdulillah sudah 14 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih ALLAH kerana kurniakan bidadari yang baik. Terima kasih bidadari saya kerana menerima lamaran saya 14 tahun yang lepas dalam keadaan saya yang baru kenal Islam, seorang selebriti, berlainan bangsa dan budaya,” jelas Adam.

Menurut Adam, beliau berasa amat bersyukur kerana Fazeema menerima beliau seadanya. Fazeema juga turut membantu beliau mendalami dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan baik selepas sah menjadi suami isteri.

Baca juga:’Perempuan kalau lelaki cakap lembut, ambil berat sikit, mulalah perasan’Isteri titip pesanan, ini reaksi Adam Corrie

“Alhamdulillah, atas berkat sabar dan saling ingat mengingati antara satu sama lain dalam semua perkara antara kunci kebahagiaan rumah tangga kami. Jatuh bangun sentiasa bersama dan saling memberi sokongan. Semoga ALLAH SWT memberkati rumah tangga kami sehingga ke syurga,” kata Adam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan Adam dan isterinya. Berikut antara komen-komen warga maya.

– “Tahniah Adam dan bidadarimu, moga ALLAH rahmati hingga syurga.”

– “Moga diberkati oleh-NYA dan berbahagia sentiasa.”

– “Alhamdulillah. Selamat ulang tahun perkahwinan buat keduanya. Semoga ikatan perkahwinan yang terbina berkekalan hingga ke syurga ALLAH.”

– “Masya-ALLAH Tabarakallah Alhamdulillahh. Tahniah buat Adam dan isteri. Semoga kekal bahagia hingga jannah.”

Iklan

– “Alhamdulillah. Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga kalian terus bahagia dan membahagiakan hingga ke jannah.”

– “Selamat ulang tahun perkahwinan tuan dan isteri, semoga sentiasa dalam peliharaan ALLAH selalu, suami isteri yang baik ALLAH sayang.”

– “Alhamdulillah syukur tahniah, semoga dipermudahkan, kekal bahagia hingga ke syurga.”

– “Semoga berbahagia anda sekeluarga.”

Adam Corrie dan Fazeema dikurniakan seorang anak lelaki selepas 10 tahun menanti kelahiran cahaya mata. Anak tunggal mereka, Adam Fateh Lee kini berusia empat tahun.

Iklan

Baca juga: Isteri Fazley pernah gugur 13 kali termasuk 2 pasang kembar, tip penjagaan diri selepas keguguran bagi wanita muda

Sumber: Adam Corrie

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi