PENYANYI Nourul Wahab Depp berkongsi mengenai kad vaksinasi yang diperolehinya di Malaysia.

Penyanyi lagu ‘Kerana Terluka’ dalam hantaran di Instagram menasihatkan orang ramai supaya menyimpan kad vaksinasi dengan baik.

Kad berkenaan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin kepada penenerima selepas suntikan vaksin Covid-19.

Nourul menerusi video pendek yang dimuat naik laman sosial itu berkongsi kepentingan kad vaksinasi.

Katanya, kad vaksinasi yang diberikan sangat penting untuk kegunaan ketika berada di luar negara kerana mereka di sana tidak mengambil kira sijil vaksinasi digital mahupun dalam talian.

“Kad vaksinasi ni jangan hilang na.

“Nanti kalau border dah buka, berguna sangat-sangat.

“Sebab negara lain takkan upload rekod vaksin. So we need this,” kongsi Nourul.

“Thank you Malaysia, sangat berguna. Thank you #kkm @dghisham,” kata Nurul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Iklan

Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia bagi memenuhi impian suaminya, Eric.

Penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu telah bekahwin dengan Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6 dan Isabella, 2.

Iklan

Baca juga Pindah Bali, Nourul Depp, Keluarga Kini Kuarantin Di Jakarta, Anak Sulung Tak Ikut Serta

Nourul juga mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Ayu Nazirah, 23.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @nouruldepp