Tewaskan 4 pelawak senior, ini Asif Suhaimi di sebalik namanya

A
A
A

UMUM mengenali remaja istimewa, Asif Suhaimi yang terkenal menerusi drama spontan di platfom digital merupakan seorang yang kelakar dan bersahaja.

Kemenangan yang dirangkul pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi dalam satu majlis hiburan sebagai Artis Komedi Popular baru-baru mencuri perhatian ramai.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Siapa sangka kategori tersebut berjaya dirangkul oleh seorang anak istimewa autisme. Tahniah Asif!

Malah, Asif juga dikatakan melakar sejarah peribadi apabila menewaskan empat calon pelawak senior lain seperti

Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edrus dalam ketegori tersebut.

Rata-rata warga maya gembira dan bersetuju dengan anugerah yang dinobatkan memandangkan bakat Asif yang tersendiri.

Ramai juga antara mereka bertalu-talu mengucapkan penghargaan buat aktor Syahmi Sazli, 26, kerana menjadi

individu penting membawa Asif ke layar perak.

Baca juga (10 gambar) Tidak hanya mawar hitam yang tular, Aina Abdul memang terkenal penampilan unik, berani

Sementara itu, ini info ringkas remaja yang berusia 19 tahun itu;

1. Berasal dari Kelantan.

2. Anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki berusia 18 tahun hasil perkahwinan ke empat bapanya. Keseluruhan dia mempunyai tujuh adik-beradik berlainan ibu.

3. Hidap masalah mild autisme.

4. Kesempitan hidup memaksa Asif dan adik tematkan persekolah lebih awal. Kehidupan mereka hanya bergantung

kepada gaji harian ibunya.

Tewaskan 4 pelawak senior, ini Asif Suhaimi di sebalik namanya

5. Bagaimanapun nasib Asif berubah apabila menempa nama luar biasa menjadi pelakon dalam drama spontan dihasilkan sepupu, Syahmi menerusi YouTube dan Facebook.

Baca juga Jadikan Syahmi Sazli ikon dan contoh : Pengerusi Finas

6. Pembabitan Asif dalam video pendek mengubah perwatakan asal yang seorang pemalu. Asif juga pada awalnya sedikit penakut dan gemar menyorok belakang pintu apabila didekat seseorang.

7. Remaja istimewa itu mempunyai masalah menghafal, hanya menyebut dialognya dalam lakonan spontan tanpa bantuan skrip.

8. Terkenal dengan trademark 'tak gurau Mi'.

Syabas diucapkan kepada Asif dan Syahmi, semoga terus berjaya di masa akan datang!

Sumber: iluminasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca