PENYANYI yang juga bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, telah meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada Rabu.

Berita duka itu disahkan kakaknya, Azmah Zakaria.

“Benar, ALLAH telah jemput dia pulang. Bagaimanapun saya tidak pasti waktu sebenar dia menghembuskan nafas terakhir.

“Saya masih menanti maklumat lanjut daripada isterinya,” ujarnya kepada SinarPlus.

Tia Jinbara

Terdahulu, Tia disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu minggu lalu.

 

Tia dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut dan setelah pelbagai pemeriksaan dijalankan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan, barulah doktor mengesahkan ada ketumbuhan pada hatinya.

Tia Jinbara

Semasa hayatnya, Tia bersama kumpulan Jinbara cukup terkenal menerusi lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) dan pernah menyertai Gegar Vaganza musim keempat.

Baca juga Tia Jinbara perlu RM250,000 jalani pemindahan hati di India

Iklan

Baca juga Vokalis Jinbara, Tia hidap kanser hati. Ini mungkin simptom-simptom yang dialami selebriti itu

Tia berkahwin dengan Suzan Ahmad, yang juga ibu tunggal tiga cahaya mata pada Mei 2009. Bagaimanapun perkahwinannya bersama Suzan tidak dikurniakan zuriat.

Tia Jinbara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang