Tiz Zaqyah pula positif Covid-19, alami gejala batuk ringan, mengigil

A
A
A

SELAIN pelakon dan pengacara, Nora Danish yang mengakui positif Covid-19, pelakon cantik, Tiz Zaqyah turut memaklumkan perkara sama menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, dia menerima panggilan daripada Pusat Perubatan Subang Jaya, 8.30 pagi tadi yang memaklumkan berita duka itu.

“Pihak hospital menasihatkan saya supaya menjalani kuarantin di rumah buat masa ini sebelum tindakan selanjutnya.

“Doakan saya dan keluarga,” ujarnya.

Nora juga memaklumkan dia positif Covid-19 selepas menerima panggilan telefon pagi tadi. Sebelum ini, Tiz dan Nora bergandingan dalam drama Covid Oh Covid yang sudah berakhir tayangan bulan lalu.

Berkongsi simptom awal yang dialaminya, pelakon Covid Oh Covid itu mengalami simptom seperti batuk ringan dan menggigil selain terasa tidak sedap badan.

“Tolong lakukan ujian saringan sekiranya mengalami gejala seperti demam, selesema, bersin, batuk atau sakit kepala bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Jangan terlalu yakin kerana ada individu yang sama sekali tidak menunjukkan gejala,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Positif Covid-19, Nora Danish Terpaksa Tangguh Ambil Vaksin

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca