KHABAR gembira buat peminat drama siri Korea yang hangat diperkatakan di media sosial yang ditayangkan di Netflix bertajuk Squid Game.

Drama yang pernah meraih tempat pertama dalam senarai Top 10 TV Show itu akan bersambung dengan pembikinan musim kedua.

Jangan lupa follow kami di Instagram

Menurut laporan portal tempatan, pengarahnya, Hwang Dong-Hyuk mengesahkan kenyataan tersebut untuk memenuhi permintaan orang ramai yang mahukan siri berkenaan disambung dengan pelbagai jalan cerita yang mengagumkan.

Ujarnya, terdapat begitu banyak tekanan, permintaan dan dorongan untuk adakan musim kedua.

Justeru katanya, dia merasakan peminat memang tidak memberikan mereka pilihan lain, dengan itu dia sahkan akan ada musim kedua.

Namun menurutnya, ia masih terlalu awal untuk diperincikan memandangkan masih dalam proses perancangan.

Tunai permintaan peminat, Squid Game bakal muncul musim kedua

Akui Hwang Dong-Hyuk, perkara tersebut sedang dalam kepalanya sekarang bagaimanapun dia merasa masih terlalu awal untuk menyatakan bila dan bagaimana.

Iklan

Pun begitu, janjinya kepada peminat, Gi-hun akan kembali dan dia akan melakukan sesuatu untuk dunia.

Sementara itu, pelbagai elemen terbuka ada di dalam drama tersebut sehingga menjadi perdebatan dan perbualan setiap penonton drama bersiri berkenaan.

Baca juga Eksklusif : Don Lee kongsi cerita tentang Gilgamesh, Angelina Jolie

Fenomena drama terbabit juga dapat dilihat apabila pembelian saham hiburan di negara tersebut melonjak.

Iklan

Nama Squid Game asalnya dari permainan tradisional popular dari Korea yang dimainkan di atas padang yang dilukis dengan bentuk sotong.

Penggambaran Squid Game dimulakan pada 17 Jun 2020. Namun, ia harus dihentikan pada bulan Ogos 2020 kerana penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan. Penggambaran disambung semula pada bulan September 2020.