PENGUNDURAN pengacara kesayangan ramai, Elly Mazlein atau dikenali dengan nama timangan Kak Lina Pom Pom mengundang perhatian.

Baharu melepasi minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV), pengunduran pengacara terkenal itu diumumkan oleh stesen televisyen Astro baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, keputusan Kak Lina tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza (GV) adalah disebabkan hal peribadi.

Pun begitu, ramai tertanya-tanya asbab sebenar yang memaksa Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular itu melepaskan peluang mengemudi program berkenaan hingga ada yang mendakwa ibu kepada dua cahaya mata itu sedang hamil.

“Sayang, saya tidak mengandung. Saya, suami dan anak-anak baik-baik sahaja.

“Jangan memandai-mandai cakap saya mengandung. Itu buncit sahajalah awak,” titip Kak Lina di Insta Story.

Baca juga: Tiada lagi Kak Lina Pom Pom di GV, Elly Mazlein umum undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza

Pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu mendedahkan bahawa keputusan mengundurkan diri adalah daripada dirinya sendiri.

“Ini semua bukan salah Astro dan bukan gimik seperti Nabil Ahmad cakap.

“Inilah kenyataan yang mana saya sudah pun tinggalkan GV selama-lamanya. Tiada lagi, cukup.

“Ia adalah keputusan daripada saya sendiri. Teruskan menyokong kesayangan saya yang sedang bertanding di ASGV.

“Untuk bintang-bintang ASGV, saya akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik ya,” kongsinya.

Baca juga: Elly Mazlein semakin laris, berkorban demi masa depan keluarga

Dalam masa yang sama, isteri kepada Mohamad Azlan Che Nuh itu bersyukur kerana keputusannya menarik diri dari ASGV diterima pihak pengurusan.

Kak Lina juga mendedahkan beliau bakal muncul menerusi rancangan lain di stesen televisyen berkenaan.

Iklan

“My dear bos, terima kasih menghormati keputusan saya, insya-ALLAH akan diusahakan di program Astro yang lain. Ada bos yang baik juga rezeki.

“Terima kasih atas kata-kata semangat dan kasih sayang.

“Insya-ALLAH kita berjumpa lagi di Astro nanti ya. di GV tiada, akan ada di rancangan lain di sana. Saya sayang anda semua,” coretnya.

Baca juga: Mana tahu suatu hari nanti, mereka akan sukakan saya.’ – Elly Mazlein

Kak Lina mula menjadi pengacara jemputan Gegar Vaganza musim kelapan sebelum menjadi hos bersama musim kesembilan dan All Stars Gegar Vaganza.

Iklan

Beliau sendiri adalah peserta Gegar Vaganza musim ketiga.

Baca juga: Kembali hamil di usia 40 tahun, Elly Mazlein tekad bantu pasangan lain              

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!