USAHA dalam menguruskan badan, pelakon dan influencer, Zarina Anjoulie memilih prosedur belon intragastrik (intragastric balloon) atau dalam bahasa mudahnya menelan belon air. Kos keseluruhan prosedur berkenaan dikatakan boleh mencecah RM18,000.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengekang obesiti. Selain perubahan kepada diet dan menambah aktiviti fizikal serta pembedahan bariatrik, prosedur belon intragastrik juga boleh dilakukan.

Seperti dikongsikan oleh Zarina, 34, yang memilih prosedur berkenaan untuk menguruskan badan menerusi laman sosial Instagram.

Menerusi video berdurasi 6 minit 28 saat yang dimuat naik, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju melalui prosedur berkenaan.

Baca juga: Jalani pembedahan bariatrik, ‘Saya buat bukan untuk cantik…’ – Alyah

Baca juga: [VIDEO] Gemuk tak semestinya perut besar, pakar bedah bariatrik rungkai kekeliruan

Baca juga: Potong usus: Ini jawapan pakar bariatrik untuk cantik atau sihat

“Salam dan selamat pagi. Hari ini baru Anju larat untuk edit dan post. Prosedur ini ialah intragastric balloon. Saya perlu puasa sehari sebelum belon ditelan atau guna wayar dijolok masuk sampai masuk ke perut,” titip Anju.

Katanya, proses berkenaan perlu dilakukan dengan pantas.

“Proses kena cepat sebab belon tu dalam vege pill so kalau lambat vege pill tu akan hancur kerana belon tersebut berada di dalam vege pill so kalau lambat vege pill tu akan hancur.

“Once ia sudah sampai ke perut, X-ray dilakukan untuk melihat kedudukannya. Kemudian masukkan air. X-ray akan dilakukan sekali lagi untuk memeriksa kedudukan belon berkenaan then rehat dalam wad.

“Akan rasa nak muntah selema empat hari kekejangan dan tidak selesa. Doktor akan berikan ubat,” kongsi Anju.

Mengakui keberkesanan prosedur belon intragastrik, pelakon yang muncul kali pertama dalam filem Mimpi Moon itu mengakui tidak berasa lapar.

“Dari hari saya mula berpuasa sehingga kini hari ketiga tidak rasa lapar langsung. Kosnnya dari RM16,000 hingga RM18,000 bergantung kepada hospital,” tambah Anju.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)


Menerusi video yang lain, Datuk Dr Nik Ritza Kosai menerangkan intragastric balloon mampu membuatkan pemakainya berasa kenyang dan ia sekali gus membantu menurunkan berat badan.

Katanya lagi, belon tersebut akan berada di dalam perut dalam tempoh empat bulan sebelum ia akan kempis sendiri apabila tiba masanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Iklan

5 INFO BELON INTRAGASTRIK

Memetik Mayo Clinic, prosedur belon intragastrik membantu pemakainya menurunkan berat badan dengan mengehadkan jumlah makanan dan berasa cepat kenyang. Berikut lima info berkaitan prosedur ini;

1-Intragastric balloon atau belon intragastrik selalunya disarankan bagi mereka yang tidak layak melakukan pembedahan bariatrik seperti Indeks Jisim Tubuh (BMI) tidak melebihi 40, maka anda harus tahu tentang prosedur Belon Intragastrik.

2-Ia bukan pembedahan dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang perlu menurunkan berat badan sehingga 25 kg (55 paun).

3-Pemakai Belon Intragastrik perlulah berusia 18 tahun ke atas dan memiliki BMI sekurang-kurangnya 30 (atau 27 dengan 2 keadaan kesihatan berkaitan obesiti seperti penyakit jantung atau diabetes).

Iklan

4-Belon Intragastrik selalunya disarankan kepada pesakit yang tidak layak menjalani pembedahan bariatrik kerana masalah kesihatan lain seperti mempunyai penyakit berkaitan jantung dan paru-paru atau mereka tidak berminat untuk menjalani pembedahan, tetapi memerlukan bantuan perubatan untuk masalah berat badan mereka yang teruk.

5-Penurunan berat badan boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan serius yang biasa dihadapi individu obes seperti berikut;
-Penyakit refluks gastroesophageal (GERD)
-Penyakit jantung atau strok
-Tekanan darah tinggi
-Obstructive sleep apnea (OSA)
-Penyakit hati berlemak
-Diabetes

Baca juga: Menarik, KKM ‘belanja’ set untuk kuruskan badan yang berkesan, selamat

Baca juga: Sauna alternatif serikan wajah, hilangkan stres dan paling best boleh kuruskan badan!

Baca juga: Konsisten diet, bersenam tapi berat badan masih tak turun. Ikuti perkongsian Kevin Zahri