Usia 50 tahun bukan penghalang, Naomi Campbell bersalin anak pertama
SIAPA tidak mengenali supermodel hebat, Naomi Campbell yang sering memperaga jenama-jenama terkenal dunia. Dengan keunikan wajah dan sosok tinggi lampai, tidak hairanlah wanita kelahiran Britain itu mampu bertahan di pentas peragaan lebih tiga dekad.
Lebih mengujakan, model berkulit gelap tersebut berkongsi khabar gembira apabila bergelar ibu pada usianya mencecah 50 tahun. Momen manis dikongsikan wanita berdarah kacukan Tunisia di laman sosial Instagram.
Baca juga 10 Tanda Awal Kehamilan Yang Biasa Dan Jarang Berlaku, Ibu Wajib Ambil Tahu
Dalam hantaran tersebut, Campbell menitipkan foto mempamerkan kaki kecil puteri kesayangannya berserta kapsyen yang menggambarkan keterujaannya memiliki anak sulung.
“Si kecil ini telah memilih saya sebagai ibunya. Saya berasa sangat dihormati kerana diberi peluang untuk memiliki jiwa manis ini dalam hidup saya.“Tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan tentang ikatan kasih sayang antara saya dengan ‘malaikat’ kecil ini,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam laporan Mirror.com, Campbell kini tinggal bersama pasangannya di Amerika Syarikat (AS) sejak awal tahun lalu ketika negara tersebut melaksanakan perintah berkurung ekoran pandemik Covid-19.
Campbell yang dilahirkan pada 22 Mei 1970 menjalani kehidupan bahagia bersama pasangan sejak awal kehamilan hingga beliau selamat bersalin.
Model yang sering bekerjasama dengan jenama besar seperti Marc Jacobs, Yves Saint Laurent, Chloé, Diane Von Furstenberg, Prada, Chanel, Givenchy dan Dolce & Gabbana itu sudah mula memikirkan tentang pada masa hadapan sehingga memasang impian memiliki sebuah keluarga bahagia.
Malah, ada sumber yang menyatakan sudah 10 tahun model itu menyimpan impian menjadi ibu.
Kehamilan pada lewat usia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sebelum ini, dunia pernah dikejutkan dengan berita seorang wanita India melahirkan bayi lelaki pada usia 70 tahun menerusi kaedah persenyawaan in vitro (IVF).
Baca juga Penting Rancang Keluarga, Hamil Apabila Sudah Bersedia Sahaja – Dr Fatin Liyana
Kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan wanita walaupun pada usia agak lewat. Cuma bilangan telur wanita yang berkualiti seiring peningkatan usia dan ovari akan berhenti menghasilkan telur apabila terputus haid.
Namun, kehamilan tidak mustahil meskipun sudah berusia kerana terdapat segelintir wanita 'usia senja' berpeluang hamil dan melahirkan anak dengan selamat.
Pun begitu, semakin meningkat usia wanita, kualiti dan kuantiti telur di dalam ovari mula berkurangan.
Antara risiko hamil pada lewat usia ialah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, darah tinggi dan sawan semasa mengandung (praeklampsia) serta uri rendah (plasenta previa).
Selain itu, ibu hamil lewat usia juga berisiko mengalami komplikasi semasa proses kelahiran dan selepas bersalin.
Kehamilan pada usia melepasi 40 tahun juga berisiko dengan pelbagai kemungkinan. Satu daripada 1,000 ibu berusia 40 tahun berisiko memiliki anak sindrom Down.
Kehamilan pada usia ibu melepasi 40an berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Satu daripada 1000 ibu yang berusia 40 tahun berisiko mendapat anak sindrom Down.Risiko juga semakin meningkat pada usia ibu 45 tahun yang satu daripada 28 bayi dilahirkan berisiko mengalami sindrom tersebut.
Bukan itu sahaja, kehamilan lewat usia juga boleh menyebabkan bayi mengalami pertumbuhan terbantut, tidak normal, keguguran, kandungan kembar, kandungan meninggal di dalam rahim, baby pramatang atau bayi lahir dengan berat badan lebih ringan daripada sepatutnya. Risiko bayi lemas dalam rahim juga meningkat.
Bagaimanapun, selagi seseorang wanita itu mampu hamil, selagi itu boleh melahirkan anak. Jadi usia wanita bukanlah kekangan untuk melahirkan anak.
Sumber: mirror.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang