TAHNIAH Pak Nil! Personaliti popular, Datuk Aznil Nawawi tidak mampu menafikan bahawa pelantikannya sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) menjadi hadiah yang paling istimewa pada hari kelahirannya ke-61.

Diumumkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada keluarga besar Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM pada Oktober lalu, Aznil secara peribadi mengakui, pelantikan sebagai Profesor Adjung sangat besar maknanya buat dirinya.

Masakan tidak, di universiti tertua negara itulah beliau meraih ijazah sarjana muda dalam pengajian ekonomi dan kini, rezeki ditawarkan pula buat beliau untuk berkongsi ilmu, idea dan pengalaman di sana.

Baca juga: Beri lebih, tidak berkira soal kerja, rahsia Pak Nil kekal bertahan

Dalam temu bual bersama Astro AWANI, Aznil atau mesra disapa Pak Nil berkongsi rasa terharu kerana dipilih sebagai ahli akademik di universiti terulung itu bersandarkan pada status dan pengalamannya sebagai anak seni lebih tiga dekad.

“Saya sangat bersyukur dan menginsafi setiap rezeki yang Allah aturkan kepada saya. Pada usia 61 tahun, diberi peluang mendampingi universiti yang menjadi tempat saya pernah menimba ilmu semasa usia muda adalah nikmat yang sangat indah.

“Yang paling menggembirakan saya mengenai pelantikan ini juga ialah saya semakin berkobar-kobar untuk terus bekerja tanpa langsung memikirkan soal persaraan dan tidak terasa juga usia sudah mencecah 61 tahun.

“Saya sangat gembira untuk terus mencurahkan apa yang mampu demi kebaikan masyarakat.

“Justeru, setiap hari doa yang tidak putus-putus saya minta daripada Allah SWT ialah panjangkan usia saya dan sihatkan akal fikiran serta tubuh badan untuk saya berpeluang bekerja dan berbakti untuk masyarakat,” ujarnya.

Baca juga: Nama Pak Nil disebut dalam khutbah Jumaat…

Iklan

Ikrar Aznil, sebagai Profesor Adjung di UM, beliau akan memberi tumpuan khusus pada aspek komunikasi dalam mana-mana perkongsian ilmu atau kuliah yang diatur oleh pengurusan universiti itu kelak.

Kata anak seni kelahiran Kuala Lumpur itu lagi, beliau sangat senang dan teruja untuk berkongsi ilmu komunikasi dengan seluruh lapisan masyarakat.

Tahniah Pak Nil!

Baca juga: Pak Nil menggigil berbual bersama Raja Permaisuri Agong

Iklan

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!