Usia genap setahun, Ayda Jebat kongsi momen indah anak curi perhatian ramai

Usia genap setahun, Ayda Jebat kongsi momen indah anak curi perhatian ramai
Usia genap setahun, Ayda Jebat kongsi momen indah anak curi perhatian ramai
A
A
A

USIA genap setahun, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat tampil berkongsi momen terindah bersama anaknya, Ana Nayla.

Anak perempuan pasangan selebriti itu pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini mempunyai mata cantik yang kelihatan seakan-akan kelabu coklat.

Sempena ulang tahun kelahiran yang pertama Ana Nayla, Ayda Jebat atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut menitipkan doa agar puteri sulungnya itu membesar dengan baik dan menjadi anak yang bijak.

"You thought us a lot. Stay cute and behave! Jadi anak yang bijak, dan orang yang berguna insyaallah. Love you boss baby @ananaylaofficial muka garang," coretnya.

Selain itu, isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu tidak ketinggalan berkongsikan perkembangan anaknya sebelum memasuki setahun.

Baca juga Menghitung hari bergelar raja sehari, Adam Lee akui penat

Ayda Jebat juga berharap agar anaknya itu sentiasa sihat dan dijauhi penyakit.

"Pernah jatuh katil dua kali, kena Covid-19 sekali, jangan yang teruk lagi baby.. huhu! Baby korang macam mana dalam masa 1 tahun?" tulisnya.

Perkongsiannya itu mencuri perhatian ramai, warganet rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat si kecil comel itu.

Ujar mereka;

"Lahir-lahir je baru nampak mata yang cantik tu dah tau dia paling kiuttt, kalah mommy."

"Comelnya pipi ngan mata tu, geram tengok ulang-ulang. Happy Birthday to you."

"Happy 1 year old baby.. Semoga yang baik-baik sahaja buat baby ananayla."

Baca juga Fazura terharu terima potret kurniaan Sultan, Permaisuri Selangor. -“Amat bernilai buat patik sekeluarga”

"Semoga menjadi anak solehah dunia akhirat buat mak ayah ya."

"Semoga membesar dengan sihat, sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT dan sentiasa menjadi anak yang mendengar kata dan solehah."

Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas mengikat tali pertunangan pada 28 April 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Sumber: @aydajebat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca