NAMPAKNYA, isu memukul penghantar makanan tidak pernah reda. Kadangkala kerana terlalu mengikut amarah pelanggan tegar mengasari mereka tanpa belas kasihan.

Bahkan, ada mangsa yang terpaksa menerima sembilan jahitan pada bahagian kepala dek dipukul dengan penukul besi. Kemana hilangnya sisi empati kita sesama insan.

Terbaharu, sejak malam tadi tular sebuah video dalam laman sosial mempamerkan seorang selebriti sedang bergaduh di jalan raya.

Video berdurasi 24 saat yang dimuat naik oleh pengguna Facebook @Arif Danial menjadi perhatian warga maya apabila lelaki terlibat dipercayai pelakon dan pelawak popular, Lan Pet Pet.

Jika sebelum ini, nama Lan Pet Pet pernah menjadi sebutan selepas terbabit isu mengasari pengawal keselamatan di sebuah pondok pengawal di Nilai, Negeri Sembilan, maka kali ini insiden berulang kembali.

Menerusi video tersebut kelihatan pergelutan berlaku antara seorang lelaki memakai baju putih dan berseluar jean dipercayai Lan Pet Pet bersama seorang penghantar makanan.

Lelaki mirip pelawak berkenaan dilihat merangkul leher rider terbabit sebelum memukul kepalanya.

Selain itu, turut kedengaran lelaki berkenaan menengking penghantar makanan itu sambil berkata “Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng dekat aku. Hang tau dak aku sapa?”

Pada masa yang sama, beberapa pengguna jalan raya lain turut membantu meleraikan pergaduhan dengan menenangkan individu terbabit.

[VIDEO] Rangkul leher, pukul kepala, Lan Pet Pet buat hal lagi?

Iklan

Pun begitu, masih belum dipastikan lokasi kejadian dan punca sebenar berlakunya pergelutan terbabit.

Terdahulu Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, pernah menimbulkan kemarahan ramai apabila dia bertindak memukul seorang pegawai keselamatan berusia 71 tahun.

Baca juga Senarai jejaka tampan dunia yang bikin ramai wanita cair, Jungkook BTS di tangga nombor 4

Iklan

Melalui kesalahan itu pada 15 April 2019, Lan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah.

Justeru, jika benarlah lelaki tersebut Lan Pet Pet ataupun sebaliknya, semoga kes itu dapat diselesaikan dengan segera secara baik.