[VIDEO]Lompat kolam renang berkasut tumit tinggi, sarat mengandung. Aksi Elfira buat ramai gerun

A
A
A

MENGIDAM adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita mengandung. Sudah pasti, tempoh berbadan dua bukanlah proses yang mudah.

Mengidam merupakan proses keinginan yang tidak terkawal dan bergantung kepada individu, setiap ibu hamil akan mengalami keinginan yang berbeza.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pelbagai ragam jenis mengidam bakal ibu seperti makanan, perlakuan seperti keinginan menaiki bus atau feri, berjalan-jalan, duduk di bawah hujan atau pun menghidu bau-bau tertentu.

Namun lain pula dengan pelakon, Elfira Loy, yang teringin membuat lompatan di kolam renang.

Menerusi perkongsian sebuah video di Instagram miliknya, Elfira, 28, yang sedang sarat mengandung dilihat 'selamba' membuat aksi lompatan dengan memakai kasut tumit tinggi.

Situasi itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata gerun dan mengatakan ia boleh mengundang kecelakaan pada dirinya dan bayi dalam kandungan.

[VIDEO]Lompat kolam renang berkasut tumit tinggi, sarat mengandung. Aksi Elfira buat ramai gerun

Namun jelas pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, ketika membuat lompatan itu, dia berfikir semalaman sama ada buat atau tidak.

"Masa I nak nak lompat ni, I memang fikir semalaman nak buat ke tak pasti I tengok macam dekat je. Jadi untuk bekas atlet lompat jauh ni, I rasa ia seperti kacang.

"Tapi bila sampai dekat memang kecut perut. Tapi rasa nak sangat. Rasa nak yang macam orang mengidam nak makan sabun tu.

"I rasa mengidam nak lompat sebab I plan lama dah nak lompat. Tapi I tak cadangkan kepada sesiapa yang tak berani," luahnya di Instagram Stories.

Baca juga Raih 30 juta tontonan di YouTube, berikut 5 fakta menarik Danar Widianto, peserta X Factor Indonesia

Katanya lagi, dia sudah membaca doa sebelum membuat aksi itu.

"I percaya ALLAH lindung I, I dah baca doa dah sebelum lompat tu. Terima kasih kpada yang risaukan I. Bila dah buat baru fikir, kenapalah I buat.

"Pasal kasut pula, I banyak tersadung jika pakai kasut rata dan kasut sukan. Itu sebab saya boleh berlari pakai kasut tumit tinggi. Kawan-kawan semua tahu, jadi kasut sedikit tinggi ini ibarat rata buat I," ujarnya.

Bagaimanapun, aksi tersebut memang nampak nampak bahaya untuk ibu mengandung. Moga ibu dan bayi baik-baik sahaja ya!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca