JIKA  mempunyai bakat dan suara berkualiti, seorang penyanyi dengan mudah menambat hati. Seperti peserta X Factor Indonesia ini, Danar Widianto sekelip mata meraih populariti di negara itu.

Suaranya yang tersendiri menawan hati ramai termasuk para juri berpengalaman.

Sementelahan, video sesi uji bakat rancangan itu trending di YouTube hingga meraih 25 tontonan dalam tempoh sebulan.

Baca juga: Peminat di Indonesia dakwa Upin & Ipin kisah benar, siap ada pusara bukti kematian, ini respon ‘Atok’

Mengikut tinjauan SinarPlus, terkini video terbabit telah mencecah 30.9 juta tontonan sejak dimuat naik 14 Disember lalu.

Mahir memainkan instrumen gitar, Danar menyampaikan lagu ciptaannya sendiri berjudul ‘Dulu’ pada sesi uji bakat itu. Katanya, ia adalah rangkuman pengalaman menjadi mangsa dibuli dan dipulakan ketika di alam persekolahan.

Juri X Factor Indonesia 2 iaitu Ariel ‘Noah’, Bunga Cinta Lestari, Anang Hermansyah, Datuk Seri Rossa dan Judika melahirkan kekaguman vokal dan sikap positifnya.

 

Baca juga: [VIDEO] “Power adik ni!” Mampu tiru enam bunyi enjin kereta 100% real, bakat remaja dipuji warga maya

Menerima jolokan ‘Anak Senja’ dari Rossa, penyanyi Judika turut mengakui nyanyian Danar menyentuh hati. Ton suaranya dan lirik yang puitis dikatakan secocok. Justeru keaslian lagu “Dulu’ yang didendangkan menerima pujian para juri.

Danar berjaya mendapatkan tempat di X Factor Indonesia 2 setelah mendapat undian daripada Bunga Cinta Lestari, Anang Hermansyah, Rossa dan Judika.

Iklan

5 INFO MENGENAI DANAR WIDIANTO

-Dilahirkan di 11 April 2003 di Purwokerto Utara, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah.

-Beragama Islam dan berketurunan Jawa.

-Sebelum menjadi peserta X Factor, dia terlebih dahulu menganggotai kumpulan Putra Banyumas.

Iklan

– Danar meminati nyanyian Iwan Fals hingga mendorongnya instrumen gitar akustik.

-Panbers dan The Beatles turut mempengaruhi muziknya.

Sehingga Gala Live Show 6 pada 7 Mac lalu, penyanyi itu terus bertahan. Moga terus sukses Danar!

Baca juga: Nostalgia Lulus Ujibakat Lakonan, Noorkhiriah Hargai Jasa Datuk Tarmimi Siregar

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI