UNTUK mendapatkan syafaat agung pada hari kiamat kelak, umat Islam perlu mencintai Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al- Ahzaab, ayat 56).

Selawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW akan mendapat pahala yang besar dari Allah SWT. Ia sangat istimewa sehingga Allah dan para malaikat berdoa kepada Nabi. Begitulah hebatnya amalan berselawat.

Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam.

Salah satu bacaan selawat yang terkenal di kalangan umat Islam adalah selawat Asyghil.

Seperti perkongsian seorang pelakon kecil molek, Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin.

Perkongsian video pendek di laman Instagramnya menarik perhatian umum apabila Zara Zya membaca berselawat Asyghil.

Menurutnya, selawat itu sangat sesuai di amalkan untuk kita bila mahukan perlindungan daripada orang yang zalim dan bila kita dalam situasi genting.

“Saya nak kongsi selawat pertama iaitu selawat Asyghil yang amat sesuai kita amalkan ketika susah hati, dizalimi ataupun difitnah dan sebagainya.

“Boleh amalkan setiap hari. Sambil tunggu waktu solat pun boleh baca sebab ia sangat mudah dan senang diingati,” katanya.

Ini lafaz selawat Asyghil:

Allohumma sholli ‘alaa sayyidinaa Muhammad

Wa asyghilidz dzoolimiin bidz-dzoolimiin

Wa akhrijnaa min baynihim saalimiin

Iklan

Wa ‘alaa alihi wa shohbihii ajma’in

Baca juga Jangan kaitkan anak saya dalam hal ini – Ziela Jalil tegur netizen

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Zara Zya mengucapkan terima kasih atas perkongsian baik itu serta memuji kesedapan suaranya.

Iklan

qasehcute190 – MasyaAllah cantiknya akak Zara… maacm bidadari.

___.mshth – Aahhh semoga bermanfaat untuk semua.

fizalalharis – Selawat ini pernah saya dengar, sangat merdu akak bawakan.

zuriezam – Indahnya ciptaan Tuhan.

cthasmaharun – Alhamdulillah… semoga Allah terus memberi kekuatan dan kerahmatan buat Zara untuk terus istiqamah dan memberi input dan informasi yang berguna buat semua.

Mari kita amalkan selawat Asyghil untuk mendapat manfaatnya.

Sumber : Instagram Zara Zya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraZya (@zarazya)