Wow gaji Krisdayanti cecah RM21,836 sebulan, khidmat untuk masyarakat
SELEBRITI popular dari negara seberang, Krisdayanti mendedahkan menerima gaji sebanyak 75 juta rupiah (RM21,836) sebulan selepas berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia.
Lapor laman berita Suara.com, menurut penyanyi popular itu, pendapatan tersebut diterima sebanyak dua kali sebulan iaitu pada setiap 1 dan 5 hari bulan.
Katanya, beliau menerima gaji sebanyak 16 juta rupiah (RM4,658) pada 1 hari bulan manakala bayaran kedua sebanyak 59 juta rupiah (RM17,177) lagi akan dibayar setiap 5 hari bulan.Jangan lupa follow kami di Instagram!
Ujarnya yang juga teman baik pada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu bagaimanapun pendapatannya mempunyai banyak potongan.
"Maaf, saya perlu melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Saya tidak akan senang hati jika tidak melakukannya dengan baik," ujarnya dalam satu program bual bicara di YouTube.
Tutur Krisdayanti lanjut, jumlah pendapatannya juga dikira sebagai sederhana kerana bagi ahli seorang Parlimen, beliau perlu menyampaikan pelbagai bantuan kepada penduduk.
Baca juga Kristen Stewart berjumpa dengan ‘roh’ Puteri Diana
"Kehadiran kami sangat diperlukan oleh masyarakat. Barangan keperluan harian perlu disumbangkan dengan kuantiti yang banyak," jelasnya.
Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu dilantik sebagai anggota DPR bagi penggal 2019-2024 yang mewakili bahagian Jawa Timur V.
Sumber: Agensi
Foto: Instagram Krisdayanti
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang