Wow! self lockdown dapat RM500, Michael Ang tawar ganjaran menarik

Wow! self lockdown dapat RM500, Michael Ang tawar ganjaran menarik
Wow! self lockdown dapat RM500, Michael Ang tawar ganjaran menarik
A
A
A

MAKIN parah! Semalam sekali lagi negara mencatatkan angka tertinggi kes baharu jangkitan Covid-19 sebanyak 6,976.

Pertambahan jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 512,091.

Pada saat ini, masyarakat dinasihatkan mematuhi apa sahaja arahan daripada pihak berkuasa supaya penularan virus itu dapat dikekang.

Jika diamati data-data tersebut amat menggusarkan dan tidak mustahil ia terus meningkat saban hari.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai supaya mengamalkan 'self lockdown' atau kawalan kendiri bagi memutuskan rangkaian penularan jangkitan Covid-19.

Bercakap mengenai self lockdown, penerbit dan pelakon, Michael Ang mengambil inisiatif 'menganjurkan peraduan’ menawarkan wang tunai kepada individu yang berjaya mematuhi saranan self lockdown.

[VIDEO]

Michael yang turut dikenali sebagai Mike akan memberi wang ganjaran sebanyak RM500 kepada 10 individu yang berjaya membuat self lockdown di rumah masing-masing hingga 8 Jun depan.

"Salam semua. Ini bukan aku nak buat content atau nak jadi famous atau nak jual product. Cuma harap apa I mampu buat untuk encourage orang Malaysia self lockdown. Kalau posting ni dapat buat 100 orang lakukan self lockdown pun I dah bersyukur!

"We can do this Malaysian! Luv u all and be safe! Sorry maybe tak clear self lockdown bukan bermakna kalau kena kerja tak boleh self lockdown ya! Pergi kerja then balik kerja makan tengah hari bawa bekal dari rumah dan makan sahaja kat pejabat ya!" tulisnya di Instagram @michaelang38 baru-baru ini.

Menjengah di ruangan komen beberapa rakan artis dan followers memuji inisiatif Mike dan ada yang tidak ketinggalan terus menyahut cabaran tersebut.

Baca juga Berada di tahap 5 Covid-19, bapa PU Abu Sufyan ditidurkan

Baca juga Bapa mertua Marsha Milan Londoh meninggal dunia akibat Covid-19

Antaranya:

@kupu_kupu - Good job Mike! reverse psychology!! Antara cara yang boleh bagi motivation and education.

@therealfafau - Good job Mike. make hastag so kita semua boleh check it out and be inspired to do the same thing contoh #selflockdownteammike

@haishahanuar - I taknak duit, tapi i nak sahut cabaran Mike.

@akusayaphitam - Saya dari sebelum raya lagi dah self lockdown. Sebab saya tak nak pentingkan diri sendiri.

@sitibalkish - Come on Malaysia! you can do it! Help us fight Covid-19! Duduk rumah layan astro & netflix! Masak sedap-sedap dan enjoy quality life di rumah masing-masing.

Semoga apa yang dilakukan oleh Mike sedikit sebanyak akan membuatkan orang ramai berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dan lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Sumber: Instagram Michael Ang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca