WOW! Itu perkataan yang boleh diucapkan apabila memandang foto pelakon, Datin Seri Zizie Izette yang dilihat semakin menawan dan kurus.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pelakon berusia 44 tahun itu mencuri perhatian ramai apabila kelihatan sangat cantik.

Berkongsi beberapa foto terbaru di Instagram, warga maya turut menyatakan rasa kagum melihat cara Zizie menjaga badan untuk kekal sihat dan tampak cantik.

Zizie yang juga isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu mendapat ribuan pujian dari rakan artis dan warga maya.

Menjengah ruangan komen, ada yang menyatakan Zizie kelihatan seperti remaja. Bentuk hidung, bibir dan mukanya kelihatan sangat berbeza jika dibandingkan sebelum ini.

Baca juga Permataku, dedikasi istimewa Azmi Saat buat Khairul Afnan

Malah, ada antara mereka yang meminta tip daripada Zizie tentang rahsia untuk cepat kurus.

Ujar mereka;

“Ohhh meletop! Anak dara pun kalah ni mak cik…”

“Wow so gorgeous! Lawa sungguh… Macam gadis remaja!”

“Ouhhh tadi I jumpa ingatkan pelajar U mana, rupanya Datin laaaaa.”

Iklan

“Cantik sangat-sangat Zizie ni. Rindu pula nak tengok Zizie belakon kembali.”

“LETOPSSSSSnyeeee, Datin dah kurusssssss la. How u can slim like this… OMG!”

Zizie dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan cahaya mata kembar, Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette, 3, dan Alisa Bella Izette, 1.

Iklan

Pasangan itu juga mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Cantiknya… memang sangat menawan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.